loading...

Sunday, 4 October 2020

Buli rakan sekolah, 2 pelajar lahanat ditahan polis

Dua pelajar lahanat ditahan polis susulan video kesamsengan mereka membelasah seorang pelajar di sebuah sekolah menengah viral di media sosial. 


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua suspek yang berusia 14 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis semalam. 


Mohd Said berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa pada jam 11.28 pagi semalam berhubung video viral itu yang menunjukkan mangsa dibelasah dua suspek. 


Semakan mendapati, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Seremban selepas habis waktu sesi persekolahan. 


Dua suspek kemudian ditahan dan diberi jamin polis. Suspek dipercayai memukul mangsa kerana perselisihan faham. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. 


Berdasarkan video itu, suspek pertama yang berbaju hitam membelasah mangsa yang diperlakukannya seperti punching bag dan sesekali suspek kedua datang menyumbang pukulan lembiknya itu. 


Biarpun kelihatan sakit menahan pukulan suspek yang hilang akal itu, mangsa tetap tidak melawan kerana mungkin enggan mengeruhkan lagi keadaan. 


Di media sosial, netizen mengucapkan tahniah kepada perakam video yang menyebarkan video itu sehingga menyebabkan dua suspek tak guna itu ditahan polis. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS



from The Reporter https://ift.tt/3iu54ZP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/30y3tfd
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...