loading...

Tuesday 1 October 2019

Padah minta rasuah RM3 juta, bekas Setiausaha Pejabat di MOF didakwa di mahkamah


Padah meminta rasuah RM3 juta, seorang bekas Setiausaha Pejabat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. 

Tertuduh, Rohaya Sabot, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Ahmad, di atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan berhubung tender penjualan hartanah di Hong Kong. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, Rohaya yang bertugas di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan, didakwa meminta suapan berjumlah RM3 juta dari Wan Mohamad Wan Yusuf. 

Wang itu dipinta sebagai dorongan membantu Wan Mohamad selaku wakil bagi Syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset kerajaan iaitu Bangunan Malaysia yang beralamat di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

Rohaya dituduh melakukan perbuatan itu di PappaRich Ayer@8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018. 

Bagi pertuduhan itu, Rohaya didakwa mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Rohaya didakwa menerima RM50,000 daripada Wan Mohamad melalui akaun CIMB Bank kepada akaun Maybank Islamic Berhad milik terduduh dan RM3,000 daripada individu yang sama melalui deposit tunai kepada Maybank Islamic Berhad milik tertuduh sebagai dorong melakukan perbuatan yang sama. 

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islami Berhad Al-Idrus Cawangan Kuching, Tingkat 1, Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak, pada 14 dan 26 Disember 2016. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2nDBfQ3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2nHqOea
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...