loading...

Tuesday, 1 October 2019

Bayi 6 bulan maut selepas kepalanya parah terkena kipas akibat dilambung bapa tiri


Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas dilambung bapa tirinya sehingga terkena kipas siling ketika bermain dengan mangsa. 

Mangsa, Giuliana del Valle Sotoyan, maut akibat kecederaan di kepala dalam kejadian yang berlaku di bandar Caucete, San Juan, utara barat Argentina. 

Ekoran kejadian itu, bapa tiri mangsa, Jesus Michel Zalazar, berusia 26 tahun ditahan polis untuk soal siasat. 

Menurut laporan media tempatan, Zalazar sedang bermain dengan mangsa dan melambungnya ke udara tanpa menyedari kipas siling dipasang. 

Selepas kejadian itu, ahli keluarga lain yang berada di tempat kejadian mahu membelasah Zalazar disebabkan kecuaiannya itu. 

Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala terus dikejarkan ke hospital di Guillermo Rawson dan menjalani pembedahan kecemasan. 

Doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah. 

Kes itu pada awalnya disiasat sebagai kes kecuaian tetapi Hakim Matias Parron yang bertanggungjawab ke atas kes itu mengubahnya menjadi kes pembunuhan. 

Ibu saudara mangsa, Aldana, berkata, "Adik saya (ibu mangsa) sedang memasak dan memberitahu Zalazar yang hidangan sudah siap, lalu saya pun menyediakan meja. 

"Zalazar ketika itu sedang menjaga dan bermain dengan mangsa di ruang tamu dan tiba-tiba saya terdengar kipas siling berbunyi kuat lalu pergi melihat apa yang berlaku. 

"Saya nampak Zalazar sedang memegang mangsa didada dengan kesan darah di bajunya. 

"Saya tanya dia, 'Apa yang awak dah buat?' dan kami terus segera meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke hospital. 

"Dalam perjalanan, Zalazar berkata 'Saya tak buat apa-apa Aldana, saya tak buat'," katanya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2nHGy0X
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2p79kbv
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...