"Mak bapak besarkan anak dengan penuh kasih sayang, dimandikan, dicebok, dimanja, dijaga masa sakit, sudahnya dibunuh anak orang lain," demikian reaksi netizen selepas membaca kes throwback seorang pelajar junior mati dibelasah 8 pelajar senior.
Peguam Sir Kamarul berkongsi mengenai kes arwah Muhammad Farid Ibrahim yang meninggal dunia dibelasah pelajar senior hanya kerana suspek tidak berpuas hati dengan kata-kata mangsa yang dianggap 'mengejek' mereka yang kerap meminjam cereknya.
KES MATI DIPUKUL PELAJAR SENIOR DI ASRAMA SEKOLAH
"Kau jangan nak tunjuk kepala kat sini. Kang den ambil cerek tu dan baling kek kepala kau," itulah kata-kata terakhir yang diucapkan suspek kepada mangsa sebelum dipukul beramai-ramai sampai mati.
1. Kes berlaku di Dom Osman, tingkat 2, Asrama Putra, Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Seremban, Negeri Sembilan di mana mangsa mati 'on the spot' akibat dipukul oleh lapan suspek dipercayai pelajar senior sekolah tersebut pada 28 Mac 2004.
2. Menurut saksi kejadian, sebelum mangsa dipukul, ada beberapa pelajar tingkatan 5 kelihatan masuk ke bilik mangsa dan mahu meminjam cerek. Tetapi mangsa tidak membenarkan. Pelajar yang lain pula kemudian datang untuk tujuan yang sama membuatkan mangsa mula berasa rimas.
3. Mangsa kemudian memberi pinjam cerek tersebut kepada pelajar terbabit, namun sempat mengejek dan berkata "Abang Form 5 tak nak tidur ke?". Kata-kata itu kemudian diketahui oleh pelajar tingkatan 5 yang lain, kemudian datang ke katil mangsa dan memarahinya.
4. Saksi kemudian ternampak ramai pelajar senior tingkatan 5 datang memukul mangsa di mana mangsa disepak di bahagian belakang badan menggunakan boot bola sepak, kepala mangsa dipukul dengan baldi sehingga pecah.
5. Mangsa kemudian rebah dengan kepala menghadap lantai. Mangsa menahan kesakitan dalam keadaan bersujud. Perut mangsa ditendang dan mangsa kemudian 'flat' tersungkur di atas lantai tidak sedarkan diri.
6. Saksi yang lain nampak suspek telah menghentak kepala mangsa sebanyak dua kali pada locker. Mangsa kemudian disepak di bahagian belakang badan berkali-kali. Kaki mangsa pula diikat menggunakan tali. Mangsa kelihatan lemah dan tidak bertindak apa-apa.
7. Saksi terakhir yang melihat kejadian tersebut melihat seorang daripada suspek memaut leher mangsa dengan tangan kanannya dan menjatuhkan mangsa ke belakang. Mangsa jatuh terlentang di atas lantai simen.
8. KEtika inilah mangsa mula tidak sedarkan diri. Suspek bersama pelajar lain kemudian mengangkat dan meninggalkan mangsa di atas katil dengan beranggapan mangsa perlukan rehat.
9. Salah seorang suspek datang kembali dam mula menyedari kaki dan tangan mangsa berasa sejuk. Suspek menyuruh pelajar lain mengurut kaki dan tangan mangsa yang mungkin akan memudahkan pengaliran darah. Tetapi mangsa masih tidak sedarkan diri.
10. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Seremban tetapi segalanya sudah terlambat. Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
11. Kesemua suspek kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Seremban telah membuat keputusan di mana kesemua suspek didapati bersalah dan perlu dihukum.
12. Disebabkan semua suspek masih berada di bawah usia 18 tahun, suspek tidak boleh dihukum gantung. Suspek dipenjara atas tempoh masa yang diperkenankan Yang Dipertuan Negeri Sembilan.
13. Kesemua suspek kemudian membuat rayuan di Mahkamah Rayuan atas sabitan dan hukuman yang dikenakan. Kesemua suspek mengatakan mereka tidak berniat untuk membunuh mangsa.
14. Rayuan suspek ditolak panel hakim Mahkamah Rayuan. Bukti-bukti dan keterangan saksi jelas menunjukkan suspek berniat untuk membunuh mangsa.
15. 'The injuries found on the victim were intentionally inflicted and were suffiecient in ordinary course of nature to cause death'. 'Where the injuries were fatal, the intention to inflict those injuries must be to cause the death'.
16. Berdasarkan kecederaan yang dialami oleh mangsa dna pukulan bertubi-tubi ke atas mangsa, itu jelas menunjukkan adanya niat membunuh. 'The more severe the wounds and the more numerous they are, the more likely it is the intent of murder will be inferred'.
17. Panel Hakim Mahkamah Rayuan, YAA Abdul Malik Ishak, Low Hop Bing dan KN Segara pada April 2009 memutuskan kesemua suspek bersalah di atas kesalahan membunuh. Hukuman tahanan di bawah perkenan YDP Negeri Sembilan dikekalkan disebabkan kesemua suspek masih di bawah umur.
18. SUspek hanya boleh bebas dari penjara atas perkenan YDP Negeri Sembilan atas saranan dibuat oleh 'Board of Visiting Justice' penjara yang akan membuat semakan terhadap kes suspek secara individu. Kuasa pengampunan adalah hak mutlak (prerogative power) YDP Negeri Sembilan.
19. Penghakiman penuh kes ini boleh dirujuk dalam kes Mohd Haikal d& Ors v Public Prosecutor [2009] 4 MLJ 305 - Mahkamah Rayuan Putrajaya.
20. Update: Difahamkan suspek telah diberi pengampunan dan telahpun dibebaskan.
Sumber: Peguam Sri Kamarul
from The Reporter https://ift.tt/2B6OBri
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OBvnC2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment