Seorang gamer maut terkena renjatan elektrik selepas tertidur ketika bermain permainan video di telefon bimbitnya yang sedang dicas.
Sastra Mo-in, 25, sedang bermain permainan video di telefon bimbit sambil baring di katil di rumahnya di Chonburi, Thailand, Jumaat lalu.
Ibu saudaranya, Watchareeporn Mo-in, 57, menemui Sastra dalam keadaan tidak bernyawa pada keesokan pagi setelah menyedari mangsa tidak bergerak apabila dia masuk untuk mengemas bilik.
Dia berkata, mayat Sastra keungguan dan tangan kirinya terletak berhampiran soket elektrik dengan kesan terbakar.
Watchareeporn segera mematikan suis utama dan menghubungi polis.
"Anak saudara saya selalu menghabiskan masa di katilnya sambil menggunakan telefon bimbit dan bermain video games sambil dicas.
"Kerap juga ternampak dia tertidur setiap malam dengan telefonnya masih dicas," katanya.
Polis tiba di tempat kejadian dan memeriksa keadaan mangsa sebelum mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.
Mayat dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebeleum diserahkan semula kepada keluarganya untuk dikebumikan mengikut adat tradisional.
Polis berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada sebarang tanda mangsa dibunuh, sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik dari telefon bimbit yang sedang dicas.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/31Lirx8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2oMcly2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment