loading...

Friday, 4 October 2019

Kepala bocor akibat terjatuh dari eskalator kerana leka gunakan handphone


Seorang lelaki berusia 35 tahun di China menggunakan telefon bimbitnya ketika menuruni eskalator di Chongqing West Railway Station pada 26 September lalu. 

Malang tak berbau, dia tersadung lalu terjatuh lebih 10 meter ke bawah bersamaan dengan 30 langkah kerana terlalu leka menggunakan telefon bimbit. 

Ketika terjatuh, kepala mangsa terhentak dan mengalami pendarahan teruk serta tidak sedarkan diri. 

Pengawal keselamatan dan pegawai polis yang bertugas ternampak kejadian itu terus segera datang menghulurkan bantuan. 

Tidak beberapa lama kemudian, paramedik tiba dan membawanya ke tempat yang selamat agar mangsa dapat bernafas dengan baik. 


Selepas 15 minit kemudian, mangsa tersedar dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan mangsa sudah pulih dari kecederaannya. 

Peringatan kepada netizen, jangan gunakan telefon bimbit ketika berada di situasi yang memerlukan anda fokus ke depan agar kejadian seperti ini tidak berulang kerana jika tersilap langkah, ia boleh menyebabkan anda hilang dari dunia ini selama-lamanya. Ingatlah pada orang tersayang. 



from The Reporter https://ift.tt/2MfDotk
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2AI7iBe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...