loading...

Wednesday 10 July 2019

Suami tetak tangan & leher isteri kerana berang pelawaannya untuk melakukan hubungan intim ditolak


Seorang wanita di Jakarta Utara diserang dengan parang di hadapan dua anaknya kerana menolak ajakkan suaminya untuk melakukan hubungan intim,

Kejadian itu dilaporkan berlaku di rumah sewa pasangan itu di Jl. Ancol Selatan II, Sunter Agung, Tanjung Priok pada Jumaat lalu. 

Ketua Polis Tanjung Priok, Komisioner Supriyanto berkata, suspek berulang kali mengajak mangsa melakukan hubungan intim tetapi ditolak. 

Suspek yang hilang kesabaran lalu mengambil parang dan terus menyerang mangsa. Mangsa beberapa kali cuba mengelak dari ditikam suspek di bahagian perut sambil menjerit meminta tolong. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa cedera di bahagian tangan dan leher akibat ditetak. 

Beberapa jiran yang terdengar jeritan mangsa segera datang dan memecah masuk kediaman itu untuk menyelamatkan mangsa yang ditemui dalam keadaan parah sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan. 

Sementara itu, suspek, Anton Nuryanto, berjaya diberkas dan didakwa atas sebab melakukan keganasan domesik dan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika sabit kesalahan. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2xJEYwI
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/32k6Cyr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...