loading...

Wednesday 10 July 2019

'Kalau betul saya bersekedudukan dengan suami orang, sila bagi bukti' - Wawa nafi caras suami orang


Susulan viral video dan gambar seorang wanita yang didakwa mencaras suami orang, wanita berkenaan tampil mempertahankan diri dan menjelaskan perkara sebenar. 

Beliau yang hanya dikenali sebagai Wawa, berusia 26 tahun itu menafikan segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dan menyifatkan tindakan individu yang viralkan perkara itu di media sosial sebagai satu fitnah. 

"Masa itu (jam 1 pagi Rabu) ada saya, seorang kawan perempuan dan lelaki itu. Kami baru lepas makan, kami juga berpakaian lengkap. 

"JAIS selongkar bilik saya pun langsung tak ada bukti kami bersekedudukan seperti yang didakwa. 

"Masa kami kena 'angkut' naik van JAIS, kakak kepada perempuan hamil itu datang dan memberitahu kepada pegawai bahawa dia yang membuat laporan. 

"Dia tidak sedar yang saya berada di dalam van. Dia yang rancang sebenarnya," kata Wawa memetik laporan dari mStar Online, Rabu.


Menurut Wawa, lelaki itu pernah bercerai dan sudah lama tidak tinggal bersama. 

"Setahu saya, mereka dah dua kali bercerai. Kalau cerai sekali lagi lepas bersalin nanti dah jadi ketiga pula. 

"Saya kenal lelaki itu sejak Mac, mereka sengaja viralkan sebab lelaki itu menyebelahi saya. Lelaki itu sendiri kata dia tidak mahu tinggal dengan isteri dia. Tetapi dia pun tak tinggal dengan saya. 

"Kalau betul saya bersekedudukan, sila bagi bukti. Saya tidak takut. Saya pun sudah menghubungi pegawai penyiasat dan memaklumkan itu bukan kes khalwat," katanya yang telah membuat laporan polis pada Selasa kerana diserang, difitnah oleh kakak kepada ibu hamil iaitu, Mieda Marsha. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2xFipt4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ldqle5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...