Ada yang menyangka situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh keadaan wang kertas yang remuk, kotor, terlipat dan sebagainya.
Namun menurut wanita itu, adakalanya mesin bayaran tiket parking atau mesin jual air dan yang sewaktu dengannya tidak dapat menerima wang kertas RM1.00 kerana wang kertas tersebut mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim.
Fun fact: some vending machines don’t accept your RM1 because it has Muhammad bin Ibrahim signature. It only accepts Zeti Aziz bank notes #TIL https://t.co/mVw9MU0C9c— aini (@nurfitriainii) July 3, 2019
"Fakta menarik, sesetengah 'vending machine' tidak menerima RM1.00 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.
"Begitu juga dengan mesin bayaran tiket parking dan yang sewaktu dengannya. Anda mungkin mahu menyemak tandatangan gabenor jika wang kertas yang anda masukkan itu ditolak oleh mesin," kata Aini yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitternya.
Sementara itu, kebanyakan netizen selama ini menyangka kegagalan memasukkan wang kertas itu disebabkan keadaan wang kertas itu yang remuk atau rosak.
Ooooooooo, Patutlah kadang2 aku masuk duit kene tendang. Mati2 aku ingat duit palsu— Bazzi (@bazziness) July 3, 2019
Ingatkan sebab duit tak lurus. Penat iron duit sampai lurus— PU AKA (@budakkbaikkkk) July 3, 2019
Yes happened to me last week 😄 the vending machine has been programmed to accept certain patterns of bank notes, and the signature plays a significant role as well.— aini (@nurfitriainii) July 3, 2019
Sumber: @Nurfitriainii
from The Reporter https://ift.tt/30gNRuh
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2XLsnI1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment