loading...

Wednesday, 1 May 2019

'Kagum dengan Masako, bukan jenis tergedik-gedik nak harta & pangkat' - Netizen kagum dengan kisah Permaisuri kepada Maharaja Jepun yang baharu


Maharaja Akihito, 85, adalah anggota monarki Jepun yang pertama melepaskan takhta diraja dalam tempoh dua abad. Anak sulungnya, Putera Mahkota Naruhito akan mewarisi takhta diraja Jepun sebagai Maharaja baru.

Di setiap negara, pasangan kepada keluarga diraja bakal menjadi perhatian rakyat. Bukan sahaja penampilan, malahan kisah-kisah peribadi mereka turut menjadi tumpuan. Begitu juga isteri kepada Maharaja Naruhito, Masako Owada. 

Naruhito dikatakan sebagai seorang suami yang amat menyayangi isterinya. Walaupun berdepan dengan adat istiadat dan pantang larang istana, beliau tetap menyokong penuh isterinya. Kisah mereka diibaratkan oleh netizen seperti fairy tail dan menganggap masih wujud lelaki seperti Naruhito yang mengagungkan wanita. 


HARI ini hari terakhir pemerintahan Maharaja Akihito di Jepun. Maka berakhirlah era "Heisei" (1989-2019) dan bermulalah era "Reiwa" dengan pertabalan Putera Mahkota Naruhito sebagai Maharaja Jepun yang ke-126. 

Naruhito ini orang yang macam mana? Nak kenal hati budi seorang lelaki, lihatlah cara dia melayan isteri atau kekasihnya.

Seperti ayahnya, Naruhito juga memperisterikan seorang wanita dari kalangan rakyat jelata. Permaisuri Naruhito, Masako Owada bukan berasal dari kerabat diraja atau bangsawan, tetapi dia juga bukan perempuan biasa-biasa. Malah CV dia kalahkan Diana Spencer, Kate Middleton atau Meghan Markle yang menjadi pujaan orang ramai.  

Ayah Masako, Hisashi Owada ialah seorang diplomat, pangkat tertinggi ialah Jimu Jikan (sama macam KSU) Kementerian Luar Negeri Jepun. Dari zaman kanak-kanak, Masako ikut ayahnya posting merata dunia. Dan sebab itu, Masako fasih 5 bahasa iaitu Bahasa Jepun, Inggeris, Rusia, Perancis dan Jerman (wow).

Masako juga ingin mengikuti jejak langkah ayahnya. Selepas memperolehi ijazah sarjana muda ekonomi daripada Harvard (woww), Masako melepasi ujian kemasukan Kementerian Luar Negeri dan mula berkhidmat sebagai pegawai diplomatik. Hanya 28 daripada 800 pemohon lulus pada tahun itu (wowww). 

Ni kalau kat Malaysia kira PTD Wisma Putra cream of the cream of the cream, bukan calang-calang orang boleh masuk meminang.

Tapi pada November 1986, kehadiran Masako di sebuah jamuan teh telah mengubah hidup Masako. Pada jamuan tersebut, Masako ditemukan dengan Naruhito, anak sulung kepada Putera Mahkota Akihito, cucu kepada Maharaja Hirohito. Naruhito ketika itu berumur 26 tahun, baru balik dari Oxford. Kali pertama melihat Masako, Naruhito terus jatuh cinta dan mula melamar Masako. 

Walaupun Naruhito ialah "most eligible bachelor" di Jepun waktu tu, Masako rasa rimas dengan lamaran Naruhito. Sebab cita-cita Masako adalah menjadi diplomat yang berjaya. Kalau berkahwin dengan Naruhito, maka Masako perlu melepaskan career dia yang baru nak mula. 

Untuk elak daripada Naruhito, Masako menyambung pengajian sarjana di Oxford selama 2 tahun, bermula pada 1988. Tapi Naruhito masih tak putus asa, cari Masako sampai ke Oxford. Tapi sekali lagi, Masako menolak lamaran Naruhito. 

Media dan orang ramai mula bising, siapa Masako? Siapa dia berani jual mahal depan prince? Siapa dia sampai prince yang kena mengejar dia? Orang lain kalau dengar perkataan prince dah ovari meletup berkecai. 

Tapi Masako tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Dia tak memerlukan gelaran permaisuri, dia dah cukup hebat. Dia hanya mahu mengejar impian sendiri. Tak kisahlah prince ke tak prince. Ini perangai Sagittarius yang tipikal. 


Akhirnya, selepas 6 tahun Naruhito bercuba, Masako menerima lamaran Naruhito pada tahun 1992. Naruhito berjanji, dengan kedudukan Puteri Mahkota, Masako boleh memainkan peranan sebagai diplomat. Menerima kunjungan tetamu negara, mengadakan lawatan negara bagi pihak maharaja, itukan kerja diplomat.

Yang lebih penting, Masako tersentuh dengan janji Naruhito untuk melindungi dia seumur hidup: "僕が一生全力でお守りします" (boku ga, isshō zenryoku de o-mamori shimasu). Perempuan ni, strong macam mana pun ada soft spot dia. 

Naruhito dan Masako melangsungkan perkahwinan pada 9 Jun 1993. Selepas berkahwin, Masako cuba menjalankan peranannya sebagai "diplomat", namun mendapat tentangan daripada pejabat pentadbir istana, Kunai-chō. 

Kunai-chō melihat tindakan Masako melangkaui Maharani Michiko, dengan itu melanggar protokol. Malah Masako pernah ditegur kerana berucap lebih lama dari suaminya. Kehidupan istana yang penuh dengan adat istiadat dan pantang larang membuat Masako rasa terkongkong, dan Masako mula rasa stres.

Yang lagi membuat Masako tertekan ialah desakan dari Kunai-chō, maharaja, kerabat diraja, media malah orang ramai supaya Masako cepat-cepat menimang cahaya mata. Sebagai Puteri Mahkota, Masako dipertanggungjawabkan untuk melahirkan zuriat bagi mewarisi takhta.

Tahun demi tahun berlalu, perut Masako masih belum bunting, maka macam-macam spekulasi timbul. Masako mandul ke? Patut tak Naruhito cari isteri baharu? Tapi Naruhito tetap dengan pendirian tidak mahu mengkhianati cintanya terhadap Masako, minta semua bersabar.

Paparazzi pula pergi korek rahsia Masako dan menyebarkan cerita yang mengatakan Masako mengalami masalah untuk mengandung sebab pernah menggugur dua kali. Maksudnya dengan lelaki lain sebelum berkahwin dengan Naruhito. Reaksi Naruhito? Tetap mempertahankan isterinya tak kira apa yang orang kata.


Selepas 8 tahun berkahwin, akhirnya Masako melahirkan anak perempuan bernama Aiko pada 2001. Mengikut perlembagaan Jepun, perempuan tidak boleh mewarisi takhta. Oleh sebab adik Naruhito, Putera Fumihito juga tak mempunyai anak lelaki, maka tekanan ke atas Masako untuk melahirkan zuriat lelaki jadi semakin kuat. Sekitar tahun 2003-2004, Masako mula mengalami kemurungan. 

Perangai orang Jepun takut malu, jadi Kunai-chō cuba nak cover up masalah kesihatan Masako. Naruhito marah sungguh. Dari seorang yang lemah lembut, Naruhito bergaduh dengan semua orang: ayahanda Akihito, ibunda Michiko, adinda Fumihito dan Kunai-chō. Naruhito kata tindakan mereka semua sedang "menafikan kemanusiaan" (人格否定, jinkaku hitei) Masako.

Dalam sejarah Jepun, tak ada putera yang pernah buat kenyataan terbuka against istana. Ketegasan Naruhito memaksa Kunai-chō mengakui bahawa Masako mengidap masalah kesihatan dan memerlukan rawatan. 


Akur dengan ketegasan Naruhito untuk tidak melahirkan zuriat lelaki, Kabinet Jepun mula menimbangkan pemindaan Perlembagaan bagi membolehkan Puteri Aiko mewarisi takhta. Tapi cadangan tersebut terbatal selepas Putera Fumihito menimang anak lelaki pada tahun 2006. 

Lega Naruhito. Bagi beliau, samada zuriatnya mewarisi takhta atau tidak, itu tak penting, cukup sekadar Masako bebas daripada tekanan untuk melahirkan anak lelaki.

Selama 26 tahun mereka berkahwin, Naruhito betul-betul memenuhi janjinya untuk melindungi Masako. Biarpun beban dan tanggungjawabnya sebagai putera mahkota begitu berat, biarpun ada ramai orang yang perlu dipuaskan, Naruhito tidak sesekali mengkhianati janjinya kepada Masako dengan mengahwini perempuan lain atas alasan untuk mendapatkan anak lelaki.

Yang lebih mengagumkan ialah reaksi Naruhito menangani kisah silam Masako. Kita tak tau apa yang Naruhito fikir dalam hati apabila mengetahui kisah silam Masako dengan bekas teman lelaki. Tapi yang pasti, Naruhito mempertahankan kehormatan isterinya daripada cemuhan masyarakat.

Cinta Naruhito kepada Masako adalah begitu dalam, sehingga apabila orang bertanyakan apa yang beliau risau dengan peranan baharunya sebagai maharaja, perkara pertama yang beliau sebut ialah Masako. Beliau takut Masako rasa tertekan dengan gelaran maharani dan harapan orang ramai.

Berbanding dengan keadaannya 10 tahun yang lalu yang murung sepanjang masa, Masako kini kelihatan lebih ceria. Semua ini adalah hasil usaha Naruhito yang sentiasa sabar dan mengutamakan kebahagiaan isterinya. 


Sebagai maharani, peranan Masako akan jadi lebih besar, lebih menghampiri cita-citanya sebagai diplomat. Kita boleh agak, selepas ini, Naruhito akan lebih kerap membuat lawatan negara atau menerima kunjungan tetamu negara, demi memuaskan impian Masako yang terpendam. 

Lelaki seperti Naruhito dan Emmanuel Macron membuktikan bahawa not all men are trash. Wujud je lelaki yang romantik, caring dan setia, yang appreciate kelebihan pasangan mereka, dan menerima kekurangan mereka. Yang sanggup menunggu, walaupun bertahun-tahun (Naruhito 6 tahun, Macron 12 tahun), sebelum saat kebahagiaan tiba. 

Kalau tak jumpa, berusahalah lagi sehingga jumpa. Kalau anda serius dengan cinta, anda tentu deserve jejaka yang menjanjikan anda perkara yang sama seperti Naruhito janjikan Masako, 27 tahun yang lalu:

"Boku ga, isshō zenryoku de o-mamori shimasu" (Saya akan melindungi awak, dengan sepenuh kekuatan, hingga ke hujung hayat).




from The Reporter http://bit.ly/2ZPa6ry
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Lgol5E
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...