Seorang ibu tidak menyangka mercun bunga api yang diberi kepada anaknya boleh mendatangkan kejadian yang tidak diingini apabila mercun bunga api itu meletup di tangan.
Akibatnya, tangan kanan anaknya mengalami luka melecur dan melepuh sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut Intan Diana, "Ingatkan bunga api ini tak bahaya, tapi bahaya. Meletup wei anak den main.
"Dengar bunyi meletup, eh macam mercun pula. Tak tahulah masuk angin ke, terlebih dos ke. Ceritanya, tak payahlah beli bunga api lagi selepas ini. Tak pasal-pasal jadi begini," katanya di Facebook pada 17 Mei lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, sebaik saja mengetahui tangan anaknya melecur, dia terus menyapu planta sejuk yang ada dalam peti ais pada tangan anaknya sebelum dibawa ke hospital.
"Intan terfikir planta sejuk yang ada dalam peti ais. terus sapu cepat-cepat dan bawa dia ke hospital. Kesian anak, meraung pedih.
"Lambat nak baik ni. Mak pak semua, kita bagi anak main mercun pop pop itu sajalah. Benda nak jadi kan, siapa sangka bunga api pun boleh meletup.
"Kalaulah anak saya baby, kulit halus dan lembut, tak tahulah apa yang jadi pada tangan anak. Ni nasib empat tahun ada maaf lagi. Itu pun dah seriau tengok," katanya.
from The Reporter http://bit.ly/2VuObCF
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/30rch5b
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment