loading...

Tuesday 9 April 2019

'Saya harap MB Johor baru bukanlah 'Yes Man' Putrajaya' - TMJ


Tweet terbaru Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa Menteri Besar Datuk Osman Sapian akan digantikan dengan pemimpin lain dalam masa terdekat. 

Menurutnya, kesejahteraan dan kemakmuran Johor harus diutamakan dan pemimpin yang bakal menggantikan Osman bukanlah seorang 'Yes Man' kepada kerajaan pusat. 

"Saya harap menteri besar yang baru bukanlah 'Yes Man' Putrajaya saja. Kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Johor perlu diutamakan," katanya. 



Dalam tweet sebelum itu, TMJ turut menyatakan bahawa Sultan Johor sudah lama menitah untuk menukar menteri besar. 

"Titah untuk tukar menteri besar sudah lama. Tetapi orang lain pula hendak mengambil kredit dan 'mileage' kononnya dia arahkan. 

"Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup-cukuplah 'politiking'," katanya. 



Isnin lalu, Osman bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya yang dipercayai membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar. 

Akhbar NST semalam juga melaporkan mengenai kontroversi itu yang disebabkan oleh prestasi Osman yang tidak memberangsangkan menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk pihak istana. 

LAPORAN BERKAITAN:


from The Reporter http://bit.ly/2WWzeKG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VFgxec
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...