Seorang pelajar perempuan mendakwa dirinya telah dirogol enam lelaki termasuk kenalannya sendiri secara bergilir-gilir, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun berkata, sebelum kejadian itu dia keluar bersama kenalannya dan beberapa lelaki di Putatan, Sabah.
Salah seorang daripada rakan kenalannya itu kemudian memberinya minuman keras sehingga dia mabuk dan tidak sedarkan diri.
Mangsa yang tidak sedar apa yang berlaku kemudian dibawa ke sebuah pangsapuri. Sebaik saja tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan bogel bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.
Mangsa kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.
Bertindak di atas laporan itu, lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu telah ditahan.
Seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dikesan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2TNe9Ra
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YJ9KlT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment