loading...

Friday 5 April 2019

'Mencuri tidak salah, tau? Bila kena tangkap, itu baru salah' - Noh Omar


Khamis lalu, Ahli Parlimen Tanjung Karang - BN, Noh Omar, menyatakan rasa tidak puas hatinya di Parlimen mengenai ada pengetua sekolah yang menerima surat amaran kerana membenarkan beliau hadir ke sekolah yang terletak di kawasan miliknya. 

Bekas menteri itu berkata, kerajaan perlu berlaku adil dalam menangani ahli politik masuk ke kawasan sekolah, termasuk dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH). 

"Wakil rakyat pembangkang perlu mendapat kebenaran sebelum hadir ke sekolah kerajaan, hal yang sama juga mesti dikenakan terhadap wakil PH," katanya. 

Namun, Ahli Parlimen Jelutong - PH, RSN Reyer membangkitkan perbezaan peraturan ketika BN berkuasa sebelum ini yang melarang wakil rakyat pembangkang pada ketika itu masuk ke sekolah kerajaan untuk menghadiri sesuatu program. 

Noh Omar kemudian menggunakan misalan yang menarik di mana perbuatan tersebut boleh dianggap salah jika pelakunya 'ditangkap'. 

"YB (seorang) peguam. Mencuri tidak salah, tau? Bila kena tangkap, itu baru salah.

"Naik motor tiada topi keledar, itu tidak salah. Bila polis tahan, baru jadi salah," katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat. 

Menurut Noh, beliau hadir ke sekolah di kawasannya itu mengikut peraturan dan ada menulis surat makluman kepada Jabatan Pendidikan Selangor yang kemudian memberitahu pihaknya tiada halangan asalkan beliau mengikut peraturan. 

Menurut Noh semasa hadir ke sekolah yang berkenaan beliau tidak berucap sebaliknya hanya memberi sumbangan sebagai menghormati peraturan yang diluluskan.

"Saya faham kena ikut peraturan. Tapi saya nak beritahu satu perkara, janganlah ada pegawai memberi tekanan kepada guru besar, pengetaua dan pegawai yang dilihat bekerjasama dengan saya.

"Hanya saya minta to be fair. Apabila saya datang ke sekolah, pengetua kena panggil, guru besar kena panggil, pegawai kena beri surat amaran. 

"Saya ini pun wakil rakyat, saya faham peraturan. Jadi kalau nak ikut undang-undang, ikut undang-undang betul-betul," katanya.

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter http://bit.ly/2uP9STh
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2UyhgRj
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...