loading...

Tuesday, 2 April 2019

'Lecturers suka ko***k dengan students' - UiTM lapor polis berhubung dakwaan pensyarah gemar berzina dengan penuntut


Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang menjalankan siasatan berhubung tweet seorang individu yang mendakwa pensyarah di UiTM Dengkil gemar berzina dengan penuntut tidak kira lelaki atau perempuan. 

Naib Canselor UiTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim berkata, laporan polis telah dibuat dan pihaknya juga sedang melakukan siasatan bagi memastikan dakwaan itu benar atau sebaliknya. 

"Saya sudah mengarahkan pegawai untuk membuat satu laporan polis dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Kami juga mempunyai prosedur dan jika didapati betul ada kes seperti didakwa, kita akan bawa perkara itu dalam jawatankuasa tatatertib untuk tindakan lanjut," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Rabu. 

Mohd Azraai juga mengalu-alukan pemberi maklumat tampil memberikan kerjasama sekiranya mempunyai bukti mengenai dakwaan itu dan maklumat mengenainya akan dirahsia dan dilindungi. 

Semakan mendapati, individu yang memuat naik tweet kontroversi berkaitan 'Unpopular Opinion: UiTM Dengkil' itu telah dipadamkan, malah akaun Twitternya juga telah dinyahaktifkan. 

Tweet @amrshfe itu turut menarik perhatian pensyarah yang mengajar di UiTM berkenaan.

"Tuduhan ini sangat serius. Saya seorang Pensyarah Undang-Undang dan pernah mengajar pelajar asasi di Dengkil. Tuduhan ini mungkin memberi kesan kepada saya dan kakitangan di Fakulti Undang-Undang. Kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang sesuai," katanya. 

Sementara itu, netizen pula berkongsi pandangan mereka. 










from The Reporter https://ift.tt/2WJ5hxw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HWTWXl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...