loading...

Monday 8 April 2019

Lawat Batam ketika krisis, Osman Sapian didesak letak jawatan Menteri Besar Johor


Media New Straits Times (NST) melaporkan Menteri Besar Datuk Osman Sapian didesak meletak jawatan susulan terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk pihak istana. 

Menurut sumber NST, kontroversi itu timbul selepas Osman didakwa gagal menangani krisis pencemaran Sungai Kim Kim Februari lalu sehingga menyebabkan 5,848 penduduk Pasir Gudang terhidu udara beracun dan terpaksa mendapatkan rawatan. 

Selain itu, Osman didakwa masih gagal membentangkan pelan tindakan ekonomi negeri itu. 

"Sultan tidak berpuas hati kerana sehingga kini Osman belum lagi mengemukakan pelan tindakan ekonomi negeri Johor, negeri ini diperintah seperti tiada arah dan tindakan beliau melawat Batam, Indonesia ketika krisis Sungai Kim Kim berlaku bulan lalu adalah kemuncak segala-galanya. 

"Beliau dilihat seperti tidak bertanggungjawab kerana tidak mengumumkan sebarang peruntukan sebaliknya Sultan pula yang mengumumkan peruntukan RM1 juta. Insiden ini menyebabkan beliau hilang kepercayaan pihak istana," kata sumber yang dipetik NST. 

Kejadian pencemaran Sungai Kim Kim itu menyebabkan seramai 120 penduduk di Pasir Gudang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri, Jabatan Alam Sekiar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan kilang-kilang kerana cuai dalam menangani krisis itu. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter http://bit.ly/2OX6YF7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2OWghFr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...