Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa menatap skrin gajet setiap hari akan menyebabkan mereka bersikap 'buruk' apabila mencapai usia lima tahun, menurut kajian.
Kanak-kanak pra-sekolah yang menggunakan telefon pintar, tablet dan gajet lain lebih dari dua jam sehari juga tujuh kali ganda cenderung mendapat Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.
Menurut penyelidik, ia akan menyebabkan gangguan dalam perkembangan kanak-kanak dan ibu bapa perlu mengambil tindakan awal bagi mencegah perkara itu berlaku.
Ini kerana, masa banyak dihabiskan untuk menatap skrin gajet berbanding melakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan atau tidur. Sebaiknya, aktiviti melibatkan gajet ini harus dikurangkan kepada setengah jam sehari atau kurang.
Tetapi, pakar dalam bidang itu pula menolak kajian itu kerana tiada bukti bahawa aktiviti itu boleh menyebabkan kanak-kanak berkelakuan buruk.
Para saintis di Universiti of Alberta telah menjalankan kajian terhadap 2,400 keluarga dan mendapati kanak-kanak yang selalu menggunakan gajet cenderung terlibat dalam masalah kelakuan dan mudah lalai.
Sementara itu, ahli-ahli saintis di CHEO Research Institute di Otawa mendapati kanak-kanak berusia 8 hingga 11 tahun, 5 peratus otaknya fungsi otaknya terjejas kerana menghabiskan masa menatap skrin gajet lebih dari dua jam.
Mereka percaya, ia berpunca dari permainan video games yang tidak mengembangkan otak, berbanding dengan aktiviti membaca buku. Ini juga bermaksud mereka tidak mendapat tidur yang secukupnya.
Aktiviti sukan dan memperolehi tidur yang mencukupi akan melindungi otak dari kesan yang diterima dari aktiviti menatap skrin gajet untuk tempoh lama.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2IsAan9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2UJNUjN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment