Mahkamah Sesyen Kota Bharu mengarahkan Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Daerah Tumpat dan seorang Lans Koperal membayar ganti rugi berjumlah RM112,040 kepada seorang buruh yang ditampar polis sehingga menyebabkan telinganya berdarah dan terjejas deria pendengaran.
Hakim Mohd Rosly Muhamad Nawi memerintah ketiga-tiga defendan perlu membuat bayaran itu kepada buruh berkenaan, Mohd Faizu Ramli, 32.
Kesemua defendan gagal membuktikan defendan pertama tidak berada di tempat kejadian, gagal memanggil pegawai penyiasat serta gagal mengemukakan Poket Diari defendan pertama dan Station Diari selain pembelaan mereka pula hanya penafian semata-mata.
"Sehubungan dengan itu, defendan perlu membayar Ganti Rugi Am sebanyak RM12,000, Ganti Rugi Khas RM40 dna Ganti Rugi Teladan RM1,000 dengan jumlah keseluruhan RM112,040," katanya.
Sementara itu, Mohd Faizu bersyukur keputusan berpihak kepadanya.
"Saya masih tergamam dan tidak menyangka keputusan berpihak kepada saya. Namun keputusan ini sangat bermakna kerana selama ini saya terpaksa menanggung kesakitan pada bahagian sebelah telinga kiri hingga tidak dapat mendengar dengan baik seperti sebelumnya," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Pada kejadian di rumah bapa Mohd Faizu pada jam 5:30 petang, 17 April 2015 di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat, Mohd Faizu terdengar bunyi bising di rumah bapanya yang terletak di hadapan rumahnya.
Mohd Faizu kemudian bergegas menjenguk bapanya yang ketika itu dia melihat anggota polis menyerbu rumah bapanya dan bertanyakan situasi itu. Bagaimanapun defendan pertama tiba-tiba naik angin dan memarahinya serta mendakwa dia cuba menghalang tugas polis.
Defendan pertama terus menampar telinga kiri Mohd Faizu sehingga berdarah dan mengalami masalah pendengaran.
Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital dna doktor mengesahkan membran telinganya cedera, sebelum membuat laporan polis. Namun tiada tindakan daripada pihak berkenaan menyebabkan dia terpaksa bertidak menyaman anggota terbabit.
from The Reporter http://bit.ly/2KLfBEs
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2vaR158
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment