Baru-baru ini viral di media sosial video berjudul Dosakah Aku yang menunjukkan seorang wanita terjebak dalam aktiviti songsang selepas kecewa dengan lelaki yang mengkhianati kepercayaan.
Berdasarkan video tersebut, pelakon wanita itu meluahkan rasa amarahnya terhadap pasangannya yang mengkhianati maruah dirinya.
Di kesempatan itu, tiga rakan serumahnya cuba menenangkan dia agar tidak lagi memikirkan masalah itu. Namun siapa sangka, ketiga-tiga rakan serumahnya itu sebenarnya berminat dengan kaum sejenis.
Dalam video itu menunjukkan sekumpulan wanita itu beraksi ghairah yang jelas sekali tiada keperluan untuk melakonkan aksi sebegitu kerana ada pelbagai lagi cara mahu menyampaikan kesan buruknya hubungan sejenis ini kepada penonton.
Ramai netizen yang meluahkan rasa kesal dan marah dengan penerbitan video itu, lebih-lebih lagi watak dalam video itu menampilkan beberapa wanita bertudung yang dikhuatiri akan menjejaskan imej wanita beragama Islam.
Sumber: Tik Tok Viral
from The Reporter https://ift.tt/2Vf8ch8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2K9CSPM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment