loading...

Sunday 7 April 2019

Anak menteri didapati positif dadah akan didakwa dalam masa terdekat


Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan anak menteri yang ditahan kerana didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat, lapor MalaysiaKini. 

Beliau berkata, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini," kata beliau dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 14 April bagi soalan yang dikemukakan oleh Shamsul Anuar Nasarah (BN - Lenggong). 

Namun begitu, Muhyiddin tidak menyebut nama menteri yang dimaksudkan itu. Terdahulu, Shamsul meminta penjelasan mengenai SOP siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan berapa lama masa diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi. 

Dalam jawapan itu, Muhyiddin menjelaskan polis mempunyai SOP Arahan Pentadbiran yang khusus dalam pengendalian pengambilan sampel air kencing terhadap individu yang disyaki positif dadah. 

"Bagi kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh PDRM," katanya. 

Januari lalu, anak lelaki kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam. 

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu.



from The Reporter http://bit.ly/2UtuU9i
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2uQohOS
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...