loading...

Thursday, 6 December 2018

(Video) Singapura dakwa kapal Malaysia ceroboh perairannya 14 kali, tapi video bukti menunjukkan sebaliknya


Baru-baru ini, Putrajaya bertegas mahu menuntut semula ruang udara yang diwakilkan kepada Singapura pada tahun 1974 secara berperingkat bermula akhir tahun 2019 dan berharap ia selesai pada tahun 2023. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Dewan Rakyat, Selasa lalu berkata, kerajaan akan berbincang dengan lebih terperinci bersama Singapura dan sekiranya perlu, akan merujuk kepada pihak ICAO untuk saranan selanjutnya. 

Tindakan itu katanya bagi menyelaraskan prosedur kawalan lalulintas udara di kedua-dua negara. 

Dalam pada itu, Loke juga berkata Malaysia membantah rancangan Singapura untuk meningkatkan aktiviti atau laluan penerbangan di Lapangan Terbang Seletar kerana ia akan menjejaskan pembangunan dan aktiviti perkapalan di Pasir Gudang. 


Pada 1 Disember lalu, Singapura telah melaksanakan protokal pendaratan Instrument Landing System (ILS) di Seletar menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautika (AIP) dan akan berkuat kuasa pada 3 Januari tahun depan. 

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, menyokong pendirian Loke, tetapi mempersoalkan bagaimana bantahan Putrajaya akan memberi kesan kepada hubungan Malaysia - Singapura terutamanya berkaitan dengan projek pembangunan bersama seperti kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur - Singapura. 

Loke menegaskan bahawa kedaulatan Malaysia tidak akan dikompromikan. 

"Kita tak ambil pendekatan konfrontasi tetapi dalam isu ini soal pertahankan kedaulatan, ruang udara kita, ini perlu dipertahankan terutama di selatan Johor," katanya. 


Dalam laporan Bernama, Singapura semalam mendakwa kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan Wilayahnya di Tuas sebanyak 14 kali. 

"Singapura telah membantah penceroboh berulang menerusi tiga TPN (Nota Pihak Ketiga)" kata Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan. 

"Kami akan melindungi dan mempertahankan kedaulatan wilayah Singapura. Singapura tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan dan kegiatan yang tidak dibenarkan di perairan kita. 

"Dalam pada itu, kapal-kapal Kerajaan Malaysia harus menghentikan pencerobohan dan kembali ke 'status quo' sebelum 25 Oktober 2018. 

"Kami masih berusaha untuk mengekalkan hubungan dua hala yang baik dan berharap kita boleh bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang baik terhadap isu-isu ini," katanya. 

Sementara itu, tersebar di media sosial video Coast Guard Singapura bertindak keterlaluan dan cuba mengancam bot anggota Jabatan Laut Malaysia. 



"Inilah bukti insiden di mana pihak berkuasa Coast Guard Singapore yang mengejar bot pihak Jabatan Laut Malaysia (MV Altair) kononnya menceroboh perairan mereka. 

"Bot Coast Guard SG cuba melakukan maneuver berbahaya (biaskan ombak/gelombang) kepada bot kecil Jabatan Laut yang sedang bergerak laju meronda di perairan negara di Johor. Malahan Coast Guard SG juga telah menghubungi pihak Jabatan Laut dan menggelar mereka zionist. 

"Nampaknya pihak SG benar-benar bertindak kurang ajar. Mereka reclaim kawasan laut hingga rapat ke perairan Malaysia dan sekarang mereka tuduh kita menceroboh perairan mereka. Jelas betapa celaka perangai mereka," tweet @Hfnz9. 



from The Reporter https://ift.tt/2zJ99FW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zNIpUE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...