loading...

Tuesday 11 December 2018

(Video) 'Mi terkeluar dari lubang di lehernya, mungkin ada yang mahu sembelih anjing ini'


Khamis lalu, John Paolo Santiago Navea dari Filipina, memuat naik video yang menunjukkan seekor anjing sedang menikmati mi yang dihidangkan di pinggan. 

Difahamkan, video itu dirakam di sebuah kampung Sto. Cristo di Angat, Bulacan. Segalanya nampak seperti biasa, namun selepas beberapa ketika kelihatan mi yang dimakan itu keluar dari leher anjing terbabit. 

Menurut kenyataan Navea dalam postnya di Facebook, dia dan ibunya ternampak anjing itu minum air sabun dari air basuhan pakaian mereka, lalu mereka memberi air yang bersih kepada anjing itu untuk diminum sebelum dihidangkan sepinggan mi. 


"Semasa saya memerhatikan anjing itu makan, saya ternampak mi yang dimakannya itu keluar dari lehernya. Apabila saya mengamatinya, terdapat lubang yang besar di leher anjing itu. 

"Saya rasa anjing ini mungkin mahu disembelih oleh orang tetapi, mungkin haiwan ini berjaya melarikan diri," katanya. 

Navea berharap, kekejaman atau pembunuhan anjing ini mesti dihentikan serta merta. Malah dia meminta mana-mana pemilik anjing yang tidak mampu membela haiwan belaan mereka, serahkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian seperti ini. 

Perkongsian Navea itu telah ditonton 3.5 juta kali. Ada segelintir netizen tidak sanggup menonton video tersebut kerana kasihan melihat keadaan anjing itu. 

"Tak sanggup saya tengok! Tak terbayangkan kesakitannya. Saya harap ada pihak yang tampil membawa anjing itu ke klinik veterinar," kata netizen. 


Difahamkan, Navea telah berjaya menemui anjing itu semula dan telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. 



from The Reporter https://ift.tt/2Qp8eER
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Eo2uoB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...