loading...

Tuesday 11 December 2018

Tandas tersumbat, rupanya ada janin bayi perempuan


Janin bayi perempuan ditemui dalam sebuah tandas tersumbat di sebuah kilang di batu Berendam, hari ini, lapor Harian Metro

Janin bayi yang dipercayai berusia lima bulan itu ditemui oleh pekerja penyelenggaraan ketika mahu membaiki tandas itu selepas dilaporkan tersumbat, lalu dimaklumkan kepada pihak pengurusan kilang yang menghubungi pihak polis kira-kira jam 10.45 pagi. 

Menurut pekerja penyelanggaraan terbabit, dia terkejut ketika menyelukkan tangannya ke dalam lubang tandas dan terpegang objek yang menyerupai bayi. 

"Janin itu ditemui di dalam mangkuk salah sebuah tandas perempuan di tingkat satu kilang terbabit. Janin bayi yang cukup sifat berkenaan dianggarkan berukuran 11 inci dan masih bersambung dengan uri," kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad. 

Janin bayi itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut. Polis kini sedang mengesan individu yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


from The Reporter https://ift.tt/2C560SA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UA1F0P
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...