loading...

Tuesday 4 December 2018

(Video) 'Kau samseng mana?!'


Viral di media sosial sejak semalam video seorang anggota polis memukul seorang remaja lelaki yang dipercayai berlaku di Putrajaya. 

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan, anggota polis berpakaian seragam dipercayai dari Unit Kereta Peronda (MPV) mengarahkan remaja itu bangun sebelum ditampar, disepak dan ditarik rambutnya.

"Kau samseng mana?! Kau samseng mana?!" demikian kata anggota terbabit dalam video viral itu. 

Remaja terbabit berulang kali meminta maaf namun anggota itu terus memukulnya. 


Lapor Harian Metro, jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi tidak mahu mengulas lanjut. 

Katanya, pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu. 


from The Reporter https://ift.tt/2QCkNfw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Rx4Nsg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...