loading...

Wednesday 12 December 2018

Tukar waktu operasi jam 8 pagi - 7 petang, Najib kata 'baik tutup saja UTC'


Mulai 1 Januari 2019, Pusat Transformasi Bandar (UTC) hanya akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 petang sahaja, manakala hari beroperasinya tetap kekal dari Isnin hingga Ahad. 

Terdahulu, UTC di seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kerajaan komited dalam memastikan rakyat dapat terus menikmati perkhidmatan yang disediakan di UTC dan berharap pertukaran waktu operasi itu tidak akan menganggu penyampaian perkhidmatan di UTC. 

"Pengurangan waktu operasi ini dibuat berdasarkan faktor kehadiran pelanggan hanya 11% selepas jam 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah efisien bagi UTC iaitu menyampaikan perkhidmatan dengan cekap tanpa pembaziran waktu dan tenaga. 

"Melalui pengurangan waktu operasi UTC ini, diharapkan isu kekangan perjawatan dan peruntukan bagi belanja operasi khususnya pembayaran bil utiliti dan bayaran kerja lebih masa dapat dikurangkan," katanya dalam surat makluman bertarikh 12 Disember 2018. 



Pengumuman pertukaran waktu operasi itu bagaimanapun tidak digemari oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana katanya, UTC sebelum ini diwujudkan untuk memudahkan rakyat berurusan sehingga jam 10 malam. 

"Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019. 

"Baguslah. Daripada memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Baik tutup saja UTC," katanya melalui status di Facebook semalam. 

"Ya, kamilah yang mengilhamkan UTC, menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu pusat sahaja. 

"Dari awal pagi hingga 10 malam setiap hari. Kenapa 10 malam? Masa itu kami tahu ramai yang bekerja kadang-kadang tidak mendapat pengecualian daripada majikan untuk urusan peribadi," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2SNlGzj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rzk947
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...