loading...

Wednesday 12 December 2018

Gagal tunai janji bina tandas, anak buat laporan polis agar bapanya ditangkap


Kecewa janji dicapati, seorang kanak-kanak perempuan di India membuat aduan kepada polis agar bapanya ditahan kerana gagal membina sebuah tandas di dalam kediaman mereka, lapor Reuters. 

Pihak polis pada Rabu telah mengesahkan menerima aduan daripada kanak-kanak berusia tujuh tahun itu. 

E. Hanifa Zaara, berkata, dia tidak mahu membuang air di tempat terbuka dan bapanya telah berjanji mahu membina sebuah tandas. 

Pegawai polis, A. Valarmathi, bagaimanapun memaklumkan, si bapa gagal membina tandas itu seperti yang dijanjikan menyebabkan Hanifa yang merasa ditipu membuat laporan polis agar bapanya ditahan. 

"Kami telah menghubungi dan memanggil bapanya ke balai polis dan berjaya membuat mereka berjabat tangan serta berkompromi," kata Valarmathi. 


Difahamkan, Kerajaan India telah lama menjalankan kempen untuk membina 100 juta tandas dalam tempoh lima tahun. Malangnya usaha itu masih belum melibatkan kawasan yang menyeluruh di negara itu. 

Bapa Hanifa telah dua kali meminta bantuan dari pihak perbandaran, namun tiada sebarang respons yang diterimanya.  

Sumber: Reuters, Astro Awani


from The Reporter https://ift.tt/2EtWSJg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Ge86TY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...