loading...

Monday, 3 December 2018

'Tak sampai 1 jam, gubahan hangus dijilat api' - Rumah terbakar 2 hari sebelum majlis kahwin


"Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga memohon maaf, tiada majlis persandingan akan diadakan pada 1 Disember 2018.

"Saat menghitung hari bahagia lagi dua hari, Tuhan uji kami sekeluarga dengan kebakaran rumah, total lost. 

"Tak sampai satu jam gubahan digubah, dalam masa satu minit hangus dijilat api. Allahuakbar," demikian luah pengantin perempuan mengenai kejadian yang menimpa keluarganya 29 November lalu. 



Asmieyz Zahariey, berkata, kejadian itu bukan sahaja memusnahkan kediaman dan persiapan majlisnya, malah menyebabkan ibunya terkena serangan jantung sehigga dimasukkan ke hospital. 

"Tolong doakan mama saya yang tengah warded kena mild heart attack. Please don't think too much mama. InshaAllah everything will be okay," katanya. 






Menurut Asmieyz, jika diikutkan hatinya, mahu saja dia membatalkan semua perancangan yang telah dibuat. Namun oleh kerana pihak lelaki sanggup meneruskan majlis, maka diteruskan juga hari 'Raja Sehari' itu tanpa sebarang hantaran. 

"Alhamdulillah kami sambut hari bahagia dengna penuh kesederhanaan. Pihak lelaki sanggup teruskan majlis dengan 'kosong' hantaran. 

"Tujuh hantaran ngam baru siap gubah, tujuh dulang juga yang hangus. Kalau ikutkan hati nak batalkan saja semua sebab dah tak ada mood, dengan mata bengkak hari-hari menangis. Kawan-kawan call, mesej bertanya pun dah menangis. 

"Tapi Allah tolong hadirkan ornag-orang yang sentiasa mendoakan kekuatan kami. Kawan-kawan yang dari jauh sanggup datang juga ke Kelantan sebab nak meraikan kami walaupun sudah dimaklumkan tiada majlis persandingan. Masa ini lagi mencurah-curah air mata. 

"Sehari sebelum, mertua susah payah keluar cari baju akad nikah, cari cincin batal air sembahyang, tudung, boleh dikatakan 100% persiapan untuk akad nikah mertua yang tolong. 

"Sehari sebelum saat orang lain sibuk buat persediaan, kami sibuk kemas rumah cari barang terpakai, angkut kerusi meja, peti, almari, mesi basuh. Boleh dikatakan tiada rehat untuk pengantin dengan bantuan keluarga, Alhamdulillah diri ini menjadi kuat. 

"Jam 2 pagi masih belum lena nak tidur, asyik berfikir sampailah ke hari akad nikah. Jam 7.30 pagi baru pakai inai, itu pun selepas dipaksa. 


"Selesai majlis akad nikah, kami sempat tumpang bergambar di masjid ini sebab inilah pertama kali kami dapat berkumpul beramai-ramai adik-beradik seramai lapan orang termasuk sekali ipar-ipar. 

"Alhamdulillah ALlah nak satukan kami sekeluarga dengan kejadian sebegini. Allahuakbar," katanya. 

Semoga Asieyz dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. 


from The Reporter https://ift.tt/2QCDyQ4
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QtVfRL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...