loading...

Friday, 7 December 2018

'Sebaknya, teringat kat bapa sendiri' - Netizen tersentuh melihat kasih sayang pengemis dan anaknya di Thailand


Viral di media sosial gambar seorang lelaki OKU bersama anak lelakinya membuatkan netizen tersentuh melihat anak beranak itu mengemis di jejantas. 

Beberapa laman Facebook mendakwa dua beranak itu ditemui di kawasan KLCC dan ada pula dakwaan mengatakan mereka berada di Pudu. Tetapi segala dakwaan itu adalah tidak tepat. 

Difahamkan, gambar-gambar itu dimuat naik oleh laman Facebook Mackhipelago pada September lalu yang menunjukkan si bapa memanjakan anaknya di jejantas yang penuh sesak dengan manusia. 

Si bapa dan anak menunggu pejalan kaki yang bersimpati dan memberikan wang kepada mereka. 


"Apa yang membuatkan anda bahagia?

"Pada petang Khamis, saya keluar dan turun di Stesen BTS Onut untuk membeli barang dapur. Saya ternampak lelaki OKU ini dengan anak lelakinya duduk di lantai jejantas menunggu sumbangan dari orang lalu lalang. 

"Saya nampak mereka sangat bahagia bersama. Mereka memandang sesama diri dengan pandangan kasih sayang tanpa mengira situasi yang mereka sedang hadapi. 


"Ini satu adegan yang indah, yang menghapuskan segala pemikiran negatif di minda saya pada hari itu.

"Saya belajar bahawa kebahagiaan bukan hanya perasaan, ia juga keputusan yang anda buat untuk diri sendiri dan untuk orang yang anda sayangi. Kita tidak sepatutnya membiarkan keadaan semasa menentukannya, pilihan untuk menyayangi dan bahagia. 

"Tag dan peluk ayah anda! Saya ingatkan perkara seperti ini hanya berlaku dalam iklan Thailand sehingga saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Tidak hairanlah negara ini dikenali sebagai Land of Smiles," katanya. 


Sementara itu, netizen di media sosial juga memberikan reaksi mereka pada gambar tersebut. 

"Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang..." - kata Rhin Mho. 

"Saya nak peluk ayah saya macam tu. Kalaulah dia masih ada bersama kami. Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. Kehidupan ini sukar dijangka, hargailah saat anda bersama mereka." kata DH CR. 

"Tiba-tiba saya rindukan ayah saya!" -kata Vy Dijamco. 


"Bila melihat gambar ini, saya teringat pada anak perempuan saya kerana beginilah anak perempuan saya memeluk saya dan senyum," kata Jay Bolo. 

"Saya benar-benar rindukan ayah. Jangan pernah lupa untuk memeluk dan katakan anda sayang kepada ibu dan ayah anda," kata Abegail Robrigado Casirayan. 



from The Reporter https://ift.tt/2G5X5UV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2UpmHiI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...