loading...

Friday 14 December 2018

'Mereka datang jumpa saya nak minta nasihat keluar UMNO' - Tun M


Sebelum ini, viral di media sosial dua gambar beberapa pemimpin UMNO bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya. 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Sero Mohamad Hasan yang turut dirakam dalam gambar itu tampil menjelaskan itu gambar lama dan pertemuan itu hanya sekadar merayu agar Tun Mahathir tidak membubarkan UMNO, selepas Mahathir menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO. 

Gambar yang dirakam pada Oktober lalu menunjukkan Mohammad bersama Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri hamzah Zainuddin, Datuk Seri Shahidan Kassim serta seorang lagi pemimpin UMNO.


Bagaimanapun ketika ditanya oleh media hari ini berhubung gambar tersebut, Tun Mahathir menjelaskan pemimpin yang datang itu menyatakan hasrat untuk meninggalkan UMNO. 

"Mereka datang jumpa saya dan beritahu yang mereka akan meninggalkan UMNO. Mereka mahukan nasihat saya. Cuma itu, tak ada yang lain,” katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2Qt30bj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2rACeib
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...