loading...

Friday 14 December 2018

Buang janin bayi dalam lubang tandas, suspek direman 3 hari


Susulan penemuan janin bayi lelaki dalam tandas di sebuah kilang di Batu Berendam, Selasa lalu, polis telah menahan seorang pekerja wanita, lapor Sinar Harian

Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. 

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi membenarkan permohonan polis untuk mereman suspek berusia 34 tahun itu sehingga Ahad ini. 

Suspek terdahulu dikesan mendapatkan rawatan di wad bersalin Hospital Melaka pada jam 5 petang Rabu lalu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Selasa lalu, seorang pekerja penyelanggaraan terkejut selepas menemui janin berusia enam bulan terlekat di lubang tandas wanita yang sebelum itu didakwa tersumbat. 

Janin yang cukup sifat dengan berat 450 gram itu ditemui di tandas tersumbat tingkat satu kira-kira jam 10.30 pagi. 

BERITA BERKAITAN: 



from The Reporter https://ift.tt/2Lhra2H
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RYLQ1R
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...