loading...

Thursday 13 December 2018

Demi UMNO, Nazri rayu 4 perkara ini dari Anwar termasuk jangan bubarkan UMNO


Anggota Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz mendedahkan ada membuat pertemuan dengan bakal perdana menteri Anwar Ibrahim untuk berbincang dan meminta empat perkara daripada Presiden PKR itu.

Pertemuan itu berlaku ketika minggu kedua sidang parlimen yang lalu dan antara perkara yang diminta itu adalah, tidak membubarkan UMNO. 

"Anwar kata, 'Nazri, saya tak akan bubar UMNO. Kita kena sporting dalam politik, macam mana nak lawan kalau seteru dibubarkan? Kita perlu gentleman," dakwanya. 

Permintaan kedua pula, Nazri meminta agar Anwar tidak menganiaya bekas perdana menteri Najib Razak apabila Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri. 

"Saya beritahu dia, apa sekalipun kesalahan Najib, dakwalah. Tapi jangan harass dia, jangan aibkan dan menyusahkan.. dengan kenakan ikat jamin banyak kali. 

"Anwar kata, 'saya sudah lalui perkara ini (dakwaan di mahkamah dan hukuman penjara) dua puluh tahun. Saya tak mahu seteru saya lalui perkara sama, apatah lagi kawan saya. Najib dulu timbalan saya (dalam Pemuda UMNO), Zahid dulu 'macai' saya'," kata Nazri. 

Bagi permintaan ketiga dan keempat, Nazir berharap Anwar mengembalikan semula sistem ketua kampung dan anggota parlimen UMNO menerima peruntukan yang sama jumlahnya dengan anggota parlimen kerajaan agar mereka boleh 'memberinya kepada rakyat'. 

Sebagai 'membalas jasa' jika empat permintaan itu ditunaikan, Nazri berkata anggota parlimen UMNO akan menyokong Anwar apabila beliau dilantik sebagai perdana menteri kelak. Namun Nazri menegaskan, wakil rakyat UMNO hanya akan menjadi mesra-kerajaan, bukan sebahagian dalam pentadbiran. 

"Kita tak mahu berada dalam kabinet. Susah untuk kita apabila pilihan raya umum nanti. Kita nak bertanding di kerusi Bersatu (Amanah dan Warisan), kita nak ambil balik kerusi kita, jadi kita kena lawan. Jadi kita tak boleh jadi menteri (dalam pentadbiran PH).

"Kita hanya jadi blok yang menyokong semua dasar kerajaan yang menguntungkan rakyat," katanya lagi.

Sementara itu, Nazri mendakwa Anwar juga memberitahunya dengan PKR, DAP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), beliau memiliki 110 kerusi di Parlimen.

"Jadi dia beritahu saya, 'saya hanya perlu dua lagi. Jika campur anda (Nazri) dan anda cari seorang lagi, jumlahnya 112, dan saya perdana menteri'," dakwa Nazri.

Menurutnya, Anwar membayangkan beliau tidak memerlukan Amanah, Bersatu atau Warisan untuk membentuk kerajaan.

Kata Nazri lagi, Anwar juga memberitahunya yang beliau akan mematuhi persetujuan PH bahawa beliau hanya menggantikan Mahathir selepas dua tahun.

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2zYloPb
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2QtZflV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...