loading...

Thursday 13 December 2018

Bekas Ketua Puteri UMNO sertai Bersatu


September 2017, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Puteri UMNO pernah berkata bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mampu bertahan. 

Bagaimanapun, media hari ini melaporkan bekas Ketua Puteri UMNO itu akhirnya mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu selepas bertindak keluar dari UMNO pada 1 Julai lalu untuk menjadi wakil bebas. 

Anggota Parlimen Masjid Tanah itu berkata, keputusan itu dibuat demi kepentingan pengundi di kawasannya dan beliau telah bermuhasabah dan mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum menyertai PPBM. 


Mas Ermieyati berterima kasih kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kepimpinan parti kerana sudi menerima kemasukannya itu. 

Beliau juga berikrar akan membantu Bersatu sebagai parti komponen kerajaan untuk melaksanakan agenda pemerkasaan wanita. 

Bersatu yang hanya memenangi 13 kerusi di Parlimen selepas PRU Ke-14 lalu kini memiliki 16 kerusi di Parlimen. 

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2zVJQRd
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SJBRNM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...