Sudah kerap kes kehilangan wang dalam akaun bank, namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian yang baik ataupun suspek ditangkap oleh pihak berkuasa. Pengguna seperti dibiarkan bersendirian dan terpaksa menghadapi karenah birokrasi setiap pihak apabila mahu melaporkan kejadian yang tidak diingini itu.
Entah bagaimana penjenayah siber memperolehi data atau maklumat peribadi pengguna, sedangkan ada mangsa yang cermat dalam segala urusan pembankang secara online, tetap juga maklumat mereka bocor ke tangan penjenayah. Apakah ini ada kaitan dengan orang dalam?
Dalam kejadian terbaru, seorang wanita terkejut apabila mendapati akaun banknya hanya tinggal RM53 sahaja, sedangkan kali terakhir amaun dalam bank itu adalah ribuan ringgit.
BILA saya dapat mesej pada jam 12.29 tengah hari pada 11 November 2018 ( Yelah, hari shopping seMalaysia), saya tak balas mesej itu. Saya terus sekat dan tak bagi nombor TAC pun.
Pada jam 12.41 tengah hari, saya dapat SMS yang mengatakan beribu-ribu duit saya telah digunakan untuk membuat pembayaran bil. Saya terus menyemak akaun bank saya dan mendapati hanya tinggal baki RM53 sahaja. Sedih! Saya dah bangkrap!
Saya terus menghubungi call centre bank C***, namun mereka hanya mampu memadamkan akaun bank online saya.
Scammer ini telah membayar semua akaun bil yang saya telah tetapkan sebagai 'favourite' di mana ia tidak memerlukan nombor TAC untuk membuat pembayaran. Lebih jahanam, dia telah transfer ke pelbagai biller dan setiap satu biller ada birokrasinya.
Kejadian ini membuatkan hidup saya stress dua minggu di mana saya perlu membuat laporan polis, perlu faks laporan polis kepada pihak bank. Sudahlah jarang menggunakan faks di zaman serba maya ini, kemudian perlu berurusan pula dengan birokrasi biller-biller ini.
Ada satu bil itu adalah bil ibu saya. Saya tidak boleh selesaikan secara online semua ini. Saya terpaksa pergi ke cawangan ibu saya untuk membuka akaun, tulis surat dan lampir macam-macam, isi borang.
Saya betul-betul tak ada duit. Sudahlah begitu, bila hubungi call centre bank, mereka minta bermacam-macam bukti. Duit yang dibayar itu sudah dipotong untuk bayar bil. Nak bakinya pun kena tunggu 30 hari bekerja. Bila potong duit kita tak ada pula kena tunggu 30 hari bekerja?
Saya nak makan apa? Duit semua sudah dihabiskan oleh scammer tidak guna ini. Di mana polis dan pihak bank ketika saya menghadapi semua ini?
"Kami tak ada teknologi seperti CSI dalam TV. Nombor didaftarkan di atas nama Indon dan Bangla. Kami ada banyak lagi kes lain selain kecik cik ini," itu jawapan polis.
Jadi, aduan saya ini bukan kerja tuan polis kah? Begitu bersahaja jawapannya. Saya menghubungi call centre bank, berkali-kali mereka kata masih dalam siasatan tetapi akhirnya kata ini adalah kes polis.
Nampak tak di mana anda apabila menghadapi scammer ini? Anda bersendirian. Tiada akta dan tindakan undang-undang yang ambil tindakan terhadap scammer. Pernah dengar scammer ditangkap tak? Pernah dengar mangsa mendapat semula duitnya? Saya tak pernah dengar.
Pihak bank pun bukannya nak mencari siapa dalang scammer, tetapi mencari kecuaian kita kononnya memberi nombor TAC, penetapan password tidak kuat, dakwa pelanggan beri info kepada scammer agar mereka tidak dipertanggungjawabkan. Kemudian diajar
Call centre tak ada hati perut. Mangsa diminta pergi ke kaunter dan buat aduan dengan betul, InsyaAllah tak sampai tiga hari selesai masalah. Sudahlah kita serabut, diulang-ulang prosedur yang kita tidak mahu dengar. Lagi nak bergaduh dengan kita. Dalam masa seminggu ini saya stress dibuatnya.
Sehingga kini saya masih mendapat panggilan rambang yang adakalanya menghubungi saya jam 2-3 pagi. Saya trauma dengan teknologi big data, tapi saya perlu join juga sebab masyarakat kini dalam komuniti big data. Semua data kita boleh didapati dengan muda.
Berhati-hatilah semua. Saya bersyukur masih berjumpa jodoh dengan duit saya. Di kemudian hari pasti scammer akan lebih advance lagi taktiknya. Sampai bila kerajaan tak ada teknologi seperti CSI? Mungkin tunggu duit PM kena scam agaknya. - Normalina Jamaluddin
Sekian, jaga diri. Saya nervous dengan sales 12.12. Janganlah ia berlaku lagi.
Dalam perkembangan terkini, salah seorang pengguna juga mendakwa dia baru saja terkena di mana berlakunya pembayaran ke Paypal tanpa pengetahuannya dalam jumlah kecil tetapi kerap.
Meskipun ada segelintir netizen yang kata perkara ini mustahil berlaku kerana sebarang transaksi tidak akan berjaya dilakukan tanpa nombor TAC. Untuk makluman, kami sendiri pernah menghadapi kejadian ini di mana sebanyak RM100 telah ditolak dari akaun bank CIMB tanpa pengetahuan.
Semakan pada akaun bank secara online mendapati, berlaku pembayaran RM100 pada sebuah laman web menjual pakaian di luar negara. Apabila cuba mendapatkan penjelasan pihak bank, mereka juga tidak tahu bagaimana ianya boleh berlaku.
Semakan pada akaun bank secara online mendapati, berlaku pembayaran RM100 pada sebuah laman web menjual pakaian di luar negara. Apabila cuba mendapatkan penjelasan pihak bank, mereka juga tidak tahu bagaimana ianya boleh berlaku.
Justeru perkara ini menimbulkan persoalan, apakah selamat wang simpanan kita di dalam bank? CIMB perlu beri penjelasan, kejadian ini semakin kerap berlaku. Jangan sampai pelanggan hilang kepercayaan terhadap pihak bank.
from The Reporter https://ift.tt/2QHDv5v
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RVAPyA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment