loading...

Saturday, 1 September 2018

(Video) Senjata makan tuan, pembuli hilang nyawa ditetak dengan pedangnya sendiri


Seorang lelaki bertatu penuh di badannya maut selepas ditetak penunggang basikal yang cuba mempertahankan dirinya selepas pemandu BMW terbabit terlebih dahulu menyerangnya kerana mahu menghalau mangsa yang enggan memberi laluan kepada dia untuk menggunakan laluan basikal, lapor media China. 

Dalam kejadian pada jam 9.37 malam 27 Ogos lalu, sebuah kereta BMW berwarna putih cuba menggunakan laluan khas untuk basikal, bagaimanapun tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang penunggang basikal elektrik. 

Dua penumpang BMW terbabit cuba meminta lelaki itu memberi laluan kepada mereka, namun dia enggan berganjak kerana laluan itu adalah hak untuk pengguna basikal. 


Hilang sabar dengan kedegilan lelaki itu, pemandu BMW yang bertatu keluar dari kereta, meluru dan menolak serta memukul penunggang basikal berkenaan sebelum kembali ke dalam keretanya untuk mengambil pedang. 

Pemandu BMW yang dikenali sebagai Long Ge (Abang Naga) kemudian melibas pedang tersebut pada mangsa beberapa kali, tetapi berjaya dielak. 

Sehingga satu saat, pedang itu terlucut dari tangan Long Ge secara tidak sengaja dan di kesempatan itu, mangsa segera mengambil senjata itu dan terus menyerang Long Ge tanpa was-was. Keadaan bertambah buruk apabila Long Ge terjatuh menyebabkan dia ditetak berkali-kali di bahagian tangan dan perut. 

Akibatnya, Long Ge yang berusia 36 tahun itu ditetak sehingga mati dengan keadaan perutnya terburai dan mengalami pendarahan yang serius.



Video kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tersebar di media sosial dan rata-rata netizen menyatakan sokongan terhadap penunggang basikal berkenaan yang dianggap cuba mempertahankan diri. 

Bagaimanapun, timbul pertikaian di antara netizen di mana penunggang basikal itu akan dikenakan tindakan undang-undang kerana 'mempertahankan diri' sehingga menyebabkan kematian pada Long Ge, di mana sepatutnya kejadian itu boleh berakhir dengan tanpa perlu ada kematian. 

Susulan kes itu juga, beberapa portal mula mendedahkan rekod-rekod kes yang pernah dilakukan oleh Long Ge. 
  • Julai 2001, Long Ge pernah dipenjara empat tahun enam bulan di atas kes rompakan. 
  • September 2006, Long Ge ditahan reman selama 5 hari kerana terlibat dalam kes pergaduhan.
  • Mac 2007, Long Ge dipenjara 9 bulan kerana melakukan ugutan jenayah.
  • Mei 2009, Long Ge dihukum penjara kerana melakukan jenayah permusnahan harta dengan sengaja.
  • Julai 2013, ditahan remana kerana melakukan jenayah dan serangan terhadap mangsanya.
  • 27 Ogos 2018, maut ketika cuba menyerang penunggang basikal. 
Long Ge ketika dibebaskan kali pertama dari penjara tidak pernah mengambil inisiatif untuk berubah, malah dia belajar untuk bergaduh dan kemudian terlibat dengan aktiviti penipuan dan perjudian. 



Sejak dari itu, Long Ge mula bergaul dengan ahli kongsi gelap dan ketua-ketua ahli kongsi gelap di Kunshan yang kemudian semakin mendapat nama di kawasan itu. 

Long Ge juga berubah, dia tidak lagi gemar menggunakan tangannya untuk mencederakan mangsanya, dan lebih gemar menggunakan pedang atau pisau. 

Menurut sumber polis berkata, "Jangan ingat anda boleh menakutkan orang dengan senjata tajam. Kalau anda tidak pandai menggunakannya, tindakan anda hanya menguntungkan pihak lawan," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2MIZBmW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wwvchE
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...