Dagu seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tertusuk besi tajam ketika memanjat pagar untuk mengambil bola yang terjatuh di sebuah rumah kosong, lapor Jawa Pos.
Dalam kejadian pada pagi Jumaat 7 September lalu di Jakarta Pusat, mangsa, Fikri Aditya Sapuro, sebelum itu bersama lima orang rakannya bermain bola selepas selesai solat Jumaat, berhampiran sekolah.
Ketika sedang asyik bermain, bola yang ditendang secara tidak sengaja termasuk ke perkarangan sebuah rumah kosong.
Semasa mahu mengambil bola tersebut, Fikri yang cuba memanjat pagar itu tergelincir lalu terjatuh menyebabkan dagunya tertusuk duri pagar sehingga menembusi mulutnya.
Rakan-rakannya yang panik melihat kejadian itu menjerit meminta tolong dari orang sekeliling yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan bomba untuk datang membantu mangsa.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Subroto. Mangsa mengalami luka parah di bahagian dagu dan gusinya turut terjejas.
Pembedahan yang berlangsung selama empat jam setengah berjaya mengeluarkan besi itu dengan bantuan beberapa doktor pakar.
"Alhamdulillah anak ini kuat, dia tak rasa sakit, menangis pun tidak," kata jurucakap pihak hospital.
Sementara itu, ibu mangsa, Nina Ariyanti, 41, bersyukur anaknya selamat dengan tindakan pantas dari orang awam, pihak berkuasa dan hospital.
"Alhamdulillah, doktor kata lidah dan pendengarannya tidak terjejas. Tetapi saya belum boleh rasa tenang kerana kita masih belum tahu kesannya yang akan datang.
"Selama dua hari (selepas pembedahan) dia masih muntah berterusan, suhu badannya juga panas selain perlu menjalani transfusi darah. Tetapi dia tidak menangis, sampai sekarang dia hanya diam sahaja," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2pfPLdX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OtjzyK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment