loading...

Thursday 6 September 2018

Berita baik! Restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larnagan merokok mulai Disember 2018


Bermula Disember ini, semua restoran terbuka seperti restoran mamak akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok, lapor Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pada waktu ini pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan itu. 

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017. 

"Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.

"Saya memohon sokongan anda semua. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun,” katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Negara di sini, Rabu lalu.

Selain restoran terbuka, pihaknya juga mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan seluruh kawasan Parlimen sebagai zone bebas rokok dan cadangan itu akan dilaksanakan sekiranya tiada sebarang halangan.

Di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

"Selain daripada Peraturan 11, di bawah Peraturan 22, Menteri Kesihatan juga boleh menentukan sesuatu kawasan sebagai kawasan larangan merokok.

"Sehingga 2018, terdapat lima negeri yang mewartakan peraturan itu dan kementerian komited mewartakan semua tempat awam sebagai kawasan larangan me­rokok," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2QaOEs8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2oOeYfr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...