"Maka kami mengambil keputusan bahawa BN akan boikot PRK PD. Ertinya kita tak akan letakkan calon mewakili BN atau atas nama BN," kata Pengerusi BN Datuk Seri Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik di ibu negara, semalam.
Keputusan muktamad BN itu, membuatkan media kini tertumpu pada PAS yang masih belum memberi kata putus sama ada mahu meletakkan calonnya atau tidak.
Setakat ini, hanya Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas sahaja yang menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober depan dan hari pernamaan calon berlangsung pada 29 September ini, selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat.
Sementara itu di media sosial, keputusan BN itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dna menyifatkannya sebagai mengaku kalah sebelum bertanding.
"Boikot hanya sekadar alasan untuk menutup malu sahaja. Sebenarnya mereka sudah tahu mereka akan kalah dan mereka juga tahu rakyat telah menolak UMNO," kata Fauziah Salleh.
from The Reporter https://ift.tt/2IfAh2u
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Q5y0tj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment