Video berdurasi seminit 37 saat itu menimbulkan kemarahan netizen kerana beranggapan perbuatan itu adalah keterlaluan.
Sehingga kini, rakaman tersebut sudah ditonton lebih 447,000 kali dan mendapat lebih 4,700 perkongsian di Facebook.
Dalam video berkenaan, wanita yang dipercayai berpangkat lebih tinggi daripada dua wanita yang dimarahinya itu mengherdik pekerjanya kerana gagal menjalankan tugas seperti diarah.
"Kamu duduk di sini dan hantar 'SMS' sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya?
"Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?," kata wanita tersebut kepada pekerjanya.
Sementara itu, seorang pengguna Twitter @HaniffHussein berkata: "Pecat dia atau kami sebagai pelanggan Maxis akan bertukar kepada pembekal perkhidmatan lain!
"Ulang kicau jika anda akan lakukan perkara sama."
Dalam pada itu, Maxis melalui akaun Twitter rasmi telco tersebut berkata, kakitangan terbabit telah digantung tugas untuk suatu tempoh yang tidak diketahui.
"Baru-baru ini, sebuah video tentang insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami.
"Kami sesal dengan insiden tersebut yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja tersebut telah digantung tugas," menurut tweet tersebut pada Sabtu.
Tambah Maxis, insiden berkenaan tidak mewakili nilai-nilai yang dipegang syarikat telekomunikasi tersebut.
Nilai-nilai itu adalah bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni untuk semua pekerja.
"Kami telah menghubungi pekerja yang terjejas dan meluahkan kekesalan terhadap insiden tersebut," jelas Maxis. - mStar Online
from The Reporter https://ift.tt/2NSxIt6
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2RbTIwW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment