Hancur hati si isteri apabila menerima kiriman video dari seorang hamba Allah, video yang menunjukkan bapa kepada anak-anaknya bersama dengan wanita lain.
Sudah lama berdoa meminta diberikan petunjuk, akhirnya terpampang juga bukti. Lebih menyedihkan, ini bukan kali pertama si suami berbuat demikian. Apatah lagi kali ini si isteri sedang hamil anak keempat.
Sudah puas memberi peluang, tetapi hati mana yang mampu bertahan dan akhirnya berputus asa. Semoga tabah wahai Intan Nasuha.
ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara. Sebelum saya teruskan kata-kata, saya nak ucapkan Alhamdulillah atas petunjuk Allah. Sekian lama saya berdoa, minta diberikan petunjuk, akhirnya hari ini Allah datangkan seorang manusia yang memberi video ini kepada saya.
Wahai perempuan, awak adalah perempuan yang ke-10, saya rasa. Sepanjang lapan tahun pernikahan, saya rasa cukuplah setakat ini saja bahtera yang saya bina. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan anggap perkara ini sebagai takdir.
Ya Allah, akhirilah semua ini dengan damai, lepaslah saya dengan cara yang bagus wahai suami.
Walaupun masa ini saya tengah hamil 20 minggu, tetapi saya mesti gagahi jua demi anak-anak saya. Saya mesti kuat. Benar kata pepatah, ada yang tak ada anak, tetapi Allah beri suaminya sayang. Ada yang banyak anak, tetapi Allah uji suaminya tak sayang.
Saya upkan video bukan nak membuka aib suami saya tetapi saya mahu perempuan muda di luar sana buka mata. Tak semestinya pernikahan diakhiri dengan bahagia yang kita impikan.
Saya give up, yes saya give up. Sudah lama juga berjuang, tetapi semua saya uruskan seorang diri. Dengan uruskan anak tiga orang, dengan uruskan nyawa saya sendiri, emosi tak menentu semasa mengandung (hanya orang yang pernah hamil saja faham).
Sungguh pada waktu ini saya perlukan sokongan dari seorang lelaki. Tetapi kerana kehodohan diri saya, saya dibuang seperti sampah.
Terima kasih Zul, saya banyak belajar terlukakan diri dari awak. Empat bulan dah awak dapat kerja, bila dah senang sikit, awak lupa saya yang pernah menghulurkan kesenangan pada awak.
Awak lupa yang saya pernah bantu awak semasa anak-anak kita habis susu, habis pampers. Kita berdua berhujan, berangin, berpanas mencari rezeki sampai muka saya hitam tetapi saya tak pernah mengeluh. Sebab apa? Sebab saya sayang. Tetapi bila awak dah senang, sekelip mata awak berubah.
Kepada perempuan dalam video ini, saya tidak mengenali siapa awak. Saya tidak tahu di mana awak tinggal tetapi kalau awak betul mahukan suami saya, awak ambillah. Saya ikhlas.
Amieyna, Aqief, Ariesa, tolong kuat supaya mama kuat. Kepada baby dalam perut, membesarlah dengan sihat. Mama tak sabar nak tunggu awak keluar.
Kawan-kawan, selepas ini jangan ditanya "Mana Zul?" lagi. Saya bukan isteri dia lagi. Itu saja yang saya minta tolong.
Ya Allah, mudahan suami saya bahagia dengan pilihannya. Saya ikhlas, pasrah dan menyerah. Allah takkan menguji kita di luar batas kemampuan kita. Terima kasih Muhd Zulhilmi.
Sumber: Intan Nasuha
from The Reporter https://ift.tt/2zpfJl8
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2I6cXE0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment