Apabila mengukirkan senyuman, sudah pasti menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik dan bersih. Gambaran ini juga membuatkan seseorang individu mudah didekati. Selain daripada menitikberatkan disiplin memberus gigi, kaedah scaling gigi juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan karang gigi.
Walaupun kaedah ini tidak meninggalkan kesan buruk, tetapi ramai individu yang tidak berani untuk mencuba kerana terpengaruh dengan mitos-mitos tertentu. Dr. Iqbal Rosli memberikan penjelasan melalui bebenang di Twitter fakta yang salah dan fakta yang benar melalui kaedah scaling atau cuci gigi.
Scaling menyebabkan gigi jarang
Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
Scaling menjadikan gigi nipis
Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
Scaling menjadikan gigi sensitif
Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH dan gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi dan memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
Scaling menyebabkan gigi bergoyang
Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANG apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.
Scaling untuk putihkan gigi
Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling lagi
Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.
Sumber: Dr Iqbal Rosali
from The Reporter https://ift.tt/2Cqa9T2
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NfWjaf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment