loading...

Friday, 7 September 2018

'Jadi cikgu taska/tadika senang je, jaga budak-budak' - Dianggap mudah, tetapi hakikatnya guru saja yang tahu cabarannya yang sebenar


Tugas seorang guru bukan mudah tidak kira guru sekolah rendah atau menengah. Pengorbanan insan tersebut yang diperumpamakan seperti sebatang lilin tiada tolak bandingan. Tetapi tugas ini dilihat pada pandangan mata kasar orang lain tugas tersebut hanya mendidik sahaja.

Situasi sebegini juga turut dirasai oleh guru-guru yang mengajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Rata-rata masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyangka guru-guru di sini tugasnya hanya menjaga kanak-kanak.

Pandangan masyarakat seperti ini tidak dipersetujui oleh seorang guru yang mengatakan tugas seperti ini begitu hebat dan mencabar apatah lagi mendidik anak-anak seawal seusia bayi hingga 6 tahun.

"BELAJAR tinggi tinggi jadi cikgu Taska, Tadika dan prasekolah je, basuh berak budak." 

"Senang je jadi cikgu Pendidikan Awal Kanak-Kanak, ajar ABC, 123 je"

"Jadi cikgu taska dan tadika senang je jaga budak budak."

Mentaliti orang kita. Suka pandang rendah pada pendidik seperti kami sebagai seorang Cikgu Taska dan Tadika sahaja. Sebagaimana hebatnya panggilan cikgu itu, begitu jugalah hebat dan mencabarnya tugas sebagai seorang guru apatah lagi menjadi guru kepada anak-anak awal usia ini iaitu yang berumur antara bayi hingga 6 tahun.

Memang sungguh mencabar. Tapi itulah hakikatnya. Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini memang menyeronokkan dan ada auranya sendiri. Paling indah dan  paling seronok bila tengok anak-anak ini menjadi anak-anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang mereka.

Meh kita tengok apa kehebatan cikgu tadika ini:

1. Bila pelajar menangis, pujuk dengan macam-macam cara.

2. Bila pelajar tak mahu bergerak, cikgu akan dukung walaupun badan mereka besar dari biasa.

3. Kadang-kadang ada pelajar yang terbuang air kecil atau besar dalam seluar semasa sesi pembelajaran, muntah lepas makan atau sebagainya, cikgu jugalah yang tolong basuhkan. Terutamanya Kelas Baby Rose.

4. Datang tak tahu baca, tulis dan kira, hujung tahun semua pandai macam-macam.

5. Latih anak kecil bersukan, ingat senang ke? Kita suruh lari ke depan mereka lari ke belakang.

6. Mengajar membaca perlu masa, nak ajar bunyi satu huruf pun jenuh, inikan pula nak ajar mereka membaca buku.

Jadi walau apa pun orang cakap kami saja tahu apa tugas kami sebagai pendidik. Semoga terus tabah dan teruskan perjuangan sebagai seorang pendidik.

Sumber: Mohd Razli


from The Reporter https://ift.tt/2NuqBpW
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2NowPaM
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...