Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Haimen, Jiangsu, China, yang begitu obses dengan permainan video popular, Player Unknown Battlegrounds (PUBG), meninggal dunia selepas melompat dari tingkat empat di bangunan kediamannya, lapor ET Today.
Mangsa yang dikenali sebagai Xu Tianci, terjatuh dari tingkat empat bangunan kediamannya pada awal pagi 30 Ogos lalu.
Ibu mangsa menunding jari terhadap permainan PUBG yang telah mempengaruhi anaknya untuk melompat dari bangunan.
Untuk pengetahuan umum, PUBG adalah permainan yang melibatkan 100 orang peserta yang ditempatkan di sebuah pulau untuk mencari senjata dan membunuh peserta yang lain dari mengelakkan diri dibunuh.
Permainan PUBG memerlukan peserta mengawal karekter mereka untuk berlari dan menembak musuhnya. Antaranya peserta boleh melompat dari bangunan tanpa mati dan juga boleh melompat dari bangunan ke bangunan bersebelahan dengan mudah.
Ibu mangsa percaya, permainan itu telah menyebabkan anaknya menyangka dirinya boleh meniru aksi seperti dalam permainan itu dengan melompat dari bangunan tanpa sebarang kecederaan, yang membawa kepada punca kematiannya.
Difahamkan, Xu bermainan PUBG sebelum dia meninggal dunia dan tidak menunjukkan sebarang tanda mahu membunuh diri sebelum itu.
Menurut ibunya, Xu seorang yang ceria, ramai rakan dan kehidupannya juga baik-baik dan tiada sebarang sebab untuk dia membunuh diri.
Disebabkan itu, ibu mangsa mahu memfailkan saman terhadap syarikat yang mencipta permainan tersebut, PUGB Corporation, dan percaya permainan itu juga telah mempengaruhi ramai remaja yang lain untuk mencuba melakukan aksi berbahaya itu.
Sementara itu, polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa dipengaruhi oleh PUBG.
Malangnya kenyataan wanita itu dianggap tidak masuk akal oleh sesetengah netizen yang berkata, berkemungkinan mangsa diabaikan oleh ibu bapanya.
Tetapi, wanita itu menegaskan dia rela mendapatkan anaknya semula dari wang saman yang diperolehi dari saman terhadap PUBG Corporation dan akan mendermakan wang itu sekiranya dia berjaya dalam saman terhadap PUBG Corporation.
"Saya mahu meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa mengenai masalah ini agar anak-anak tidak dipengaruhi oleh permainan video itu," katanya.
Kes ini bukan yang pertama kali berlaku di China, di mana sebelum ini seorang kanak-kanak lelaki menolak bapanya dari tangga kapal terbang kerana enggan bermain PUBG dengannya. Mujur bapanya hanya patah pergelangan tangan.
Sumber: World of Buzz, ET Today
from The Reporter https://ift.tt/2NiWSzV
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2MPiDrV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment