loading...

Thursday, 6 September 2018

(Video) 'That's my baby!' - Ibu trauma dakwa suspek tiba-tiba cuba mengambil anaknya


"Kedekutkan anak dari orang sangat relevan pada masa kini," demikian tulis seorang ibu yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa anaknya hampir saja 'diambil' oleh wanita yang tidak dikenali secara tiba-tiba mengaku itu adalah anaknya yang telah hilang. 

Dalam kejadian pada jam 2.30 petang semalam di KL Sentral, Nurul Suhada, anak dan bersama dua sepupu berserta seorang anak kecil, menghantar bapa saudara mereka tanpa menyedari wanita itu telah mengekori mereka sejak tiba di bangunan itu.

Berikut cerita mengenai kejadian yang berlaku:

SEBELUM ini saya hanya baca saja kes anak orang kena culik, anak sakit, virus, pelbagai sindiket dan sebagainya. Tetapi hari ini bila terkena pada batang hidung sendiri, Allahuakbar, sedih sangat-sangat. Menangis dan risau kalau terjadi apa-apa pada anak kesayangan ini. Oleh kerana ramai yang bertanya apa sebenarnya yang berlaku, saya ceritakan kisah trauma itu.

Rabu, 5 September jam 2.30 petang di KL Sentral.  Sebelum apa-apa, saya sebenarnya saja nak naik kereta api ini. Sekian lama dah tak naik, dari mengandung lagi teringin nak jalan naik kereta api. Bila ada Fayyad ini, lagi terujalah nak naik sebab ada teman penghibur sekali. Dan ada juga kakak sepupu, Chot Chotin (Chott) ikut sama bawa anak kecil juga. Adik sepupu lelaki, Zamarul, pun ada. 

Perkara ini tidak dirancang sama sekali. Kami sekadar menghantar Pak Usu ke stesen kereta api saja pada mulanya. Lama kelamaan jadi terlangkah sekali aik kereta api. Sebab itu kami gah berpakaian sekadar seluar trek dan t-shirt sahaja. Saya lagilah, pakej tudung sarung saja. Yang penting yakin diri saja kan. Berbekal sebotol susu dan sekeping pampers Fayyad dah buat saya rasa 'ON'. 

Okey, ceritanya begini. Ada seorang perempuan berbangsa Cina ini mengikuti kami sepanjang perjalanan naik turun eskalator di KL Sentral. Dia asyik memandang Fayyad saja. Saya tak perasan langsung amoi ini mengekori kami. Chott dan Zamarul yang perasan tetapi tak beritahu apa pun, takut tersalah sangka pula. 

Selepas mkana di Food Court KL Sentral, kami turun ke tingkat bawah menggunakan tangga biasa. Bermula dari situ, perempuan ini dah mula mengekori kami. 

Kami berjalan seperti biasa sambil saya bubbling bermain-main dengan Fayyad. Dari tangga tingkat atas nak ke tempat laluan MRT itu, tup-tup amoi ini tahan dan tegur saya. 

"You, stop! Where you want to go? And who are you?" 

Masa itu saya macam, "Hah??!" Apa hal tiba-tiba tanya dan masih tak fikir negatif langsung. Saya yang peramah jawab sajalah. Dia mula bertanya dalam keadaan marah.

"Who this baby?" 

Masa ini Chott dah mula tarik tangan saya dan ajak jauh dari amoi ini. First, ingat dia nak pukau sebab dia berpusing nak bercakap bertentangan mata dengan saya masa Chott halang. 

"My son!" tegas saya. 

Kemudian reaksi dia macam tangan dia sedang menggigil geram dan muka dia, tak tahu nak cakap macam mana masa itu. Masa itu juga Chott tarik tangan saya dan kami lari sepanjang perjalanan laluan nak ke kaunter MRT. Sepanjang itu juga dia mengejar kami dengan membawa beg dia sambil menjerit. 

"Hey, stop! You! You! Stop!" 

Kami buka langkah larian dalam keadaan terkejut dengan tindakan perempuan itu sebelum naik eskalator ke MRT. Ternampak ada polis bantuan di situ, terus kami berlari mendapatkannya dan menceritakan apa yang berlaku tetapi tak larat nak cerita sampai habis.

Amoi ini pula dah mula nak tarik Fayyad dan kata itu anak dia. Saya terkejut gila! Amoi itu kata, Fayyad adalah anak dia yang hilang. Terkedu weh masa itu, dalam keadaan tengah struggle nak mempertahankan Fayyad dari disentuh Amoi itu, dia tak habis-habis kata Fayyad itu anak dia yang hilang dan tegaskan Fayyad anak Cina. 

Polis bantuan suruh saya keluarkan bukti MyKid Fayyad. Masa saya keluarkan MyKid dalam beg sandang, saya pass Fayyad pada Zamarul untuk dipegang sementara polis bantuan itu menghalang amoi itu dari melakukan sebarang tindakan. Kemudian amoi itu menjerit marah kerana kononnya saya bagi anak dia pada budak kecil untuk pegang sekejap. Siap kata saya tak ada otak. Saya dah mula takut dan mahu menangis pada masa itu. 

Polis bantuan itu tunjuk pada dia MyKid Fayyad yang mengesahkan Fayyad itu anak Melayu dan bukan anak dia yang hilang. Tetapi amoi itu tak puas hati dan siap menjerit saiko kata itu anak dia yang hilang. 

Actually memang dia tunjuk MyKid anak dia juga. Tetapi tak sempat nak baca betul-betul sebab tengah berusaha melindungi Fayyad. 

Amoi ini tanya macam-macam, Fayyad berapa bulan, gigi berapa batang, tetapi bertanya dalam keadaan saiko, mata terbeliak. Takut sangat dibuatnya.

Tidak habis di situ, dia keluarkan puting baby dari beg yang dibawanya, ditunjuk dan digoyang-goyang puting itu di depan saya dan Fayyad. Dia tanya kenal tak puting itu dalam keadaan saikot. Cepat-cepat saya jawab tak kenal dan tegaskan anak saya tak hisap puting. 

Anggota polis bantuan itu pun tak boleh nak handle amoi ini lalu menghubungi rakannya datang dan kemudian menyoalnya, tetapi amoi ini masih bertegas kata "That's my baby!".

Saya suruh anggota polis itu minta amoi itu tunjukkan gambar anaknya yang hilang sebab nak tengok betul ke sama wajahnya dengan Fayyad. Tetapi anggota polis bantuan ini juga turut disaiko oleh amoi tadi yang tunjuk perasaan dengan mencampak begnya di kaki mereka. 

Apabila rakan-rakan anggota polis bantuan ini sampai, amoi ini masih react saiko dengan soalan-soalan, barang-barang baby bagai dan menjerit kata Fayyad itu anak dia. Banyak kali dia cuba nak menyentuh atau menarik Fayyad. Alhamdulillah Chott, Zamarul dan anggota polis bantuan menghalangnya. Lagi dihalang, lagi dia menjerit kata Fayyad anak dia yang hilang. 

Tak tahulah amoi ini sakit ke, sindiket atau memang betul anak dia hilang. Saya sendiri pun tak dapat bayangkan apa jadi bila anak kita sendiri hilang, boleh hilang pertimbangan juga. 

Masa ini Fayyad dah mula ketakut melihat saya cuba mengelak dari setiap langkah amoi ini menghampiri. Fayyad pun menjerit bising dalam bahasa babynya. Amoi initerus melenting dan jarinya menunjuk pada Fayyad dalam keadaan marah dan kata, "See! See!", Amoi itu marah anggota polis bantuan itu dan suruh tengok reaksi Fayyad yang kononnnya tidak selesa dengan saya yang didakwanya orang asing. Segigihnya dia cuba membuktikan Fayyad itu bukan anak saya.

Apabila rakan-rakan polis bantuan sampai, usaha mententeramkan amoi itu juga menemui kegagalan sebelum kami disuruh lari dan naik tren secepat mungkin. Masa itu lutut saya tersangatlah longgar nak berlari sambil mendukung Fayyad, galas beg di belakag, sambil tertoleh-toleh ke belakang dalam keadaan takut bimbang amoi ini kejar lagi tak atau terlepas ke apa. Macam-macam yang bermain di otak pada masa itu. 

Dari pertama kali naik eskalator yang tinggi nak ke MRT itu, kami berlari dalam ketakutan dan amoi itu tersangatlah gigih nak merempuh roadblock anggota polis bantuan itu sambil menjerit Fayyad itu anak dia. 

Cepat-cepat kami tekan mesin nak beli coin dengan mengahnya. Sampailah kami sambil menunggu tren dan di landasan pun kami menyorok di bawah eskalator sebab terlalu takut. Bila tren sampai, kami terus masuk dan duduk di tempat orang ramai. Lega rasanya bila tren sudah bergerak. 

Sebenarnya kami sangat kecewa, sepanjang berlari dalam ketakutan itu, tiada seorang pun yang mahu menolong atau bertanya kenapa. Tak ada! Kami mengharungi semua itu dalam keadaan ketakutan sehinggalah terserempak dengan anggota polis bantuan itu. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka.

Dalam tren saya menggigil-gigil, ketar lutut dan trauma sangat. Menyesal sangat pergi ke situ tanpa ditemani lelaki dewasa yang boleh melindungi kami. Saya serik. Tetapi Alhamdulillah saya dan sepupu selamat sampai biarpun masih dalam keadaan trauma. Inilah pertama kalinya menghadapi kejadian seperti ini.

Saya sertakan video pendek yang sempat dirakam oleh sepupu dalam keadaan takut kantoi. Gambar amoi itu juga disertakan sekali. 


Sepanjang malam saya fikir, apakah ini sindiket? Risau kalau ada yang terkena nanti kalau benar ini adalah sindiket. Takut! Sesiapa yang pernah jumpa atau kenal, atau pernah melalui kejadian yang sama, tolong kongsikan. Bimbang jika ia berlaku pada orang lain pula. 





Kalau betul amoi ini sakit atau anak dia betul-betul hilang sampai dia hilang pertimbangan seperti itu, tolong maklumkan juga dan saya akan delete post ini. Terima kasih buat kalian yang sungguh prihatin. Saya sedang belajar untuk kedekutkan anak dari orang lain sekarang ini. Siapa tak sayang anak oi!

Ini pengajaran buat saya. Selepas ini kena berhati-hati, kena ada pelindung bila keluar. Tak boleh jadi peramah sangat sampai tak kena dengan situasi. Jangan bagi orang sentuh atau pegang anak  kita sesuka hati. Apatah lagi tiba-tiba minta nak dukung anak. OMG! Tak nak fikirlah kalau terbagi amoi itu dukung Fayyad tadi. 

Dan juga tolonglah jadi rkayat yang prihatin. Kasihan kami tadi, orang ramai hanya tengok sahaja. Tiada seorang pun yang hulurkan bantuan mahupun bertanya. Minta maaf sangat kalau pos ini ada silapnya di mana-mana. Saya serik!


from The Reporter https://ift.tt/2wMLqTA
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2wPt97t
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...