loading...

Thursday, 27 September 2018

'Aku panggil sek jate rogol mu ramai-ramai'


Seorang peniaga pakaian online dijatuhkan hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini kerana mengugut memanggil lelaki merogol seorang wanita yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, bulan lalu. 

Nur Eznie Syarmimy Ab Aziz, 25, mengaku bersalah selepas Majistret Kamarul Hasyime Rosli membaca pertuduhan itu dan memerinta tertuduh dipenjara selama empat bulan jika gagal melunaskan denda tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, Nur Eznie didakwa mengugut Nuraziera Awang, 20, dengan kata-kata ancaman akan memanggil lelaki untuk merogolnya dan meletakkan dadah agar dia ditangkap polis. 

"Kalau mu tok sey (tidak mahu) bagi buka baju, aku panggil sek jate (kumpulan lelaki) bawah mari atas rogol mu ramai-ramai. Jika mu lawan, aku akan boh (letak) dadah dalam bilik ni, lepas tu panggil polis bagi mu kena tangkap".

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, pada jam 7 malam hingga 8.45 malam, 31 Ogos lalu. 

Mangsa yang ketakutan dengan ugutan itu kemudian bertindak membuat laporan polis. 

Siasatan polis mendapati, tertuduh berbuat demikian kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. Nur Eznie didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sampai dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekila jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, peguam Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guamnya yang memberi kerjasama sepenuhnya ketika siasatan, serta mempunyai seorang anak yang masih kecil. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Faizun Sulaiman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi. 



from The Reporter https://ift.tt/2xH1iaN
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2zxA6fV
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...