loading...

Monday, 24 September 2018

'Ayahnya ditangkap polis, ibunya di kampung dan dua beradik ini tidur di kaki jalan'


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Viral gambar-gambar dua beradik ini tidur berpelukan di kaki lima mengundang rasa simpati netizen dan rata-rata mahu tampil membantu mereka. 

Gambar yang dimuat naik Natipah Abu di Facebooknya semalam berkata, Mazlan, 8, dan adiknya, Habib, 6, tinggal bersendirian. 

"Ayah ditangkap polis, ibu di kampung. Pelukkannya melingkar erat di tubuh si adik. Nyenyak di bawah sinaran mentari pagi. Bersyukurlah kita," tulisnya. 

"Kami biarkan mereka tidur dulu. Bila kembali kepada mereka semula, puas juga hendak mengejutkan si abang. Hajat hati nak ajak mereka sarapan bersama," tulisnya lagi. 


Menurut netizen, gambar itu dipercayai dirakam di Marina Hotel Semporna, Sabah. Dua kanak-kanak berkenaan juga dipercayai anak warga Filipina. 

"Area Semporna memang ramai kanak-kanak macam tu. Kalau first time datang Semporna, memang orang akan kesian. Bila bertahun duduk sana, tahulah jadi apa. 

"Kanak-kanak ini ada yang tiada identiti. Hidup mereka hanya meminta duit dari orang dan tidur bergelimpangan di kaki jalan. Tapi Alhamdulillah sekarang ini dah semakin berkurangan kanak-kanak terbiar macam ini sebab polis dah kerap pantau kawasan," jelas Nurul Afiqah Hawani. 

Bagi netizen yang menggunakan nama Naga Hitam Puwaka pula, elakkan dari memberi wang tunai kepada kanak-kanak ini kerana kebanyakan mereka menggunakan duit tersebut untuk membeli gam.


"Maaf kalau komen saya ini menyinggungkan perasaan. Mereka ini sebenarnya masih beribu bapa dan mempunyai saudara mara. Akan tetapi bukan warganegara Malaysia. Mereka semua dari negara jiran, Filipina.

"Budak-budak ini kalau kita beri duit, diorang terus beli gam. Bagus bagi makan, belikan makanan terus diberi pada mereka. Jangan beri duit, memang nampak kasihan tetapi itulah hakikatnya," katanya. 


from The Reporter https://ift.tt/2xQllmi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xKhvva
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...