Seorang pekerja kedai menjual pakaian wanita disamun dan dirogol dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 9.40 malam Rabu, mangsa berusia 20-an ketika itu dipercayai berseorangan dalam premis sebelum didatangi suspek.
Menurut sumber polis, suspek sebelum itu memasuki kedai serbaneka 24 jam yang terletak bersebelahan dengan kedai mangsa bekerja.
Akibat dari kejadian itu, premis berkenaan mengalami kerugian dianggarkan lebih RM2,000.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan lanjut.
from The Reporter https://ift.tt/2LMPBsg
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Mfv4Jd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment