loading...

Tuesday, 7 August 2018

Ibu bunuh bayinya di hospital kerana dia tidak mahu anak perempuan


Seorang wanita berumur 32 tahun didakwa membunuh bayinya sendiri di sebuah hospital di barat Delhi pada Ahad lalu, hanya kerana dia tidak mahu anak perempuan ketiga, lapor Hindustan Times

Reeta Devi dalam keterangannya memberitahu dia berada dalam keadaan tidak sedar ketika dia membunuh anaknya itu. 

Timbalan Komisioner Polis (barat) Vijay Kumar berkata, Devi sebelum ini pernah memberitahu kakitangan hospital bahawa suaminya tidak mahu menimang anak perempuan. 

"Sebelum bersalin, Reeta Devi memakumkan kepada kakitangan hospital yang dia seringkali bertengkar dengan suaminya disebabkan dua anak perempuan. 

"Dan disebabkan itu, Devi tidak mahu menimang bayi perempuan lagi," katanya.

Laporan bedah siasat mengesahkan bayi malang itu telah dibunuh dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dan Devi terus ditahan untuk siasatan lanjut. 

Siasatan polis juga mendapati, suami suspek, Ashrafi Mahto, tidak mengetahui rancangan pembunuhan itu. Polis juga tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan penglibatan suami Devi. 

Mahto turut menafikan dakwaan kononnya dia ada memberitahu isterinya yang dia mahukan anak lelaki. 

"Untuk lelaki miskin seperti saya, anak perempuan atau lelaki tak penting," katanya. 

Mahto tinggal bersama isteri dan tiga orang anaknya. Dua anak perempuan berusia 8 dan 9 tahun, dan seorang anak lelakinya berusia 4 tahun. Sementara Devi suri rumah sepanjang masa. 

Devi dimasukkan ke Hospital ESIC di Moti Nagar pada waktu tengah hari Sabtu lalu selepas mengalami tanda-tanda mahu bersalin ketika kandungannya berusia 9 bulan.

Devi selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 3.50 pagi Ahad. Doktor kemudian datang memeriksa keadaan si ibu dan anaknya sekitar jam 7 pagi dan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil. 

Namun kira-kira jam 9 pagi, Devi mendakwa anaknya tidak bergerak dan doktor mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia. 

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan hitam di sekitar hidung mangsa selain ditemui di sekitar mulutnya. Doktor mengesyaki mangsa telah dibunuh dan terus memaklumkan perkara itu kepada pihak polis. 

"Kejadian itu berlaku ketika suspek bersendirian dalam wad dan kesempatan itu digunakannya untuk mencekik anaknya sehingga mati," kata Kumar.

Mayat mangsa dihantar ke pusat perubatan untuk dibedah siasat dan ibunya ditahan untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Doktor Psikiatri Nimesh Desai yang juga Pengarah Institut Kelakuan Manusia dan Sains berkata, tindakan itu mungkin berpunca dari 'postpartum depression' atau meroyan.


from The Reporter https://ift.tt/2OPGZ20
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OkXCSe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...