Kucing menjadi haiwan peliharaan yang digemari oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak. Kucing dianggap sebagai peneman di dalam hidup seseorang malahan ada sesetengah daripada kita berbual dengan kucing seolah-olah kucing itu mengerti apa yang dipertuturkan.
Ada fakta yang mnegatakan lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.
Berdasarkan fakta juga, dikatakan manusia yang membela kucing peliharaan akan mempunyai hayat yang lebih panjang, lebih kurang tekanan dalam hidup dan kurang diserang serangan jantung.
Tetapi, walaupun memelihara kucing ini merupakan satu kepuasan dan keseronokan, kebersihan kucing jangan kita lupakan. Dr Suriyakathun berkongsikan tentang sejenis parasit yang boleh tersebar melalui najis kucing.
Ujarnya melalui status di Facebook, memelihara kucing tidak salah, tetapi soal kebersihan haiwan tersebut perlu dijaga rapi.
HATI-HATI ya jika membela kucing. Ada sejenis parasit, Toxoplasma gondi, yang boleh tersebar ke manusia melalui najis kucing. Bukan toxoplasmosis sahaja sebenarnya yang boleh dibawa kucing ada parasit lain lagi yang boleh tersebar.
Jika kucing berak dalam rumah, semasa bersihkan guna sarung tangan dan basuh tempat berkenaan dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit. Jika berjalan di luar rumah, berhati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.
Toxoplasmosis boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh jangkiti otak. Ia boleh jangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.
Ini bukan bererti tidak boleh bela kucing tetapi kebersihan perlu dijaga dengan rapi dan kucing perlu diperiksa dan dirawat serta di beri makan yang sewajarnya supaya tidak di jangkiti parasit.
Sumber: Dr. Suriyakhatun
from The Reporter https://ift.tt/2KeDSgA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2LNqjtl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment