loading...

Monday, 6 August 2018

Bengang perniagaan air ketumnya diserbu, suspek dedah lokasi pesaingnya


Tidak puas hati perniagaan air ketumnya diserbu polis dalam satu operasi khas di sekitar Padang Besar, Selasa lalu, pemiliknya mendedahkan pula lokasi pesaingnya, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, operasi yang dijalankan selama dua hari itu, pihaknya berjaya menahan enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 45 tahun di beberapa lokasi, dipercayai pengedar air ketum. 

Pada serbuan pertama 31 Julai lalu, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Guar Musang dan menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang sedang aktif memproses dan mengedarkan air ketum di sekitar kawasan tersebut. 

"Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit sedang leka memasak air ketum dan gagal melarikan diri.

"Bengang tempat perniagaannya diserbu, suspek membocorkan tempat pemprosesan pesaingnya yang turut beroperasi di sekitar daerah sama," katanya.

Susulan maklumat dari suspek, polis kemudian menyerbu empat buah lagi rumah dan menahan lima lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang sedang sibuk memasak dan membungkus air ketum. 


"Serbuan selama dua hari itu, menyaksikan sebanyak 414 liter cecair ketum, 38 kilogram daun ketum dan 19.9 liter cecair ubat batuk yang bernilai lebih RM8,000 dirampas.

"Semua suspek kini direman empat hari sehingga 4 Ogos ini mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.


from The Reporter https://ift.tt/2M0q3b9
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vKJ3iX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...