SELANGOR - Seorang pelajar perempuan patah tulang belikat selepas dipukul rakan sekolahnya dalam kejadian yang didakwa berlaku hari ini di sebuah sekolah di negeri itu.
Mangsa yang masih berpakaian sekolah itu dibawa ke Balai Polis Sg Pelong oleh ahli keluarganya untuk membuat laporan, sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.
Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati, mangsa mengalami lebam di bahagian pipi dan hidung, serta patah tulang belikat.
Berdasarkan sumber, mangsa telah dipukul oleh rakan sekolahnya bertubi-tubi dipercayai kerana pelajar terbabit tidak berpuas hati dengan mangsa.
"Selalu baca kes buli di Facebook. Tetapi hari ini handle kes buli adik sendiri. Saya rasa budak yang bantai adik saya ini mesti sudah biasa pukul orang kerana semasa berada di IPD Sungai Buloh pun, dia boleh senyum-senyum, gelak sini pada kami.
"Dia bangga. Mestilah bangga, kan? Pukul adik saya bertubi-tubi sampai lebam pipi dan hidung (mujur tak patah) dan patah tulang belikat adik saya dia kerjakan.
"Its okay, malas nak cakap panjang. Report polis sudah siap, check up pun sudah buat. All the best ya kepada pembuli dan konco-konconya," tulis sumber berkenaan.
Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, suspek didapati telah melakukan provokasi terhadap mangsa terlebih dahulu, dipercayai pada malam sebelum kejadian.
Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah dilihat semakin menjadi-jadi dan seolah-olah golongan pembuli ini tidak takut dengan hukuman yang bakal dikenakan terhadap mereka. Justeru timbul persoalan, selamat lagikah sekolah untuk anak-anak kita?
Semoga gejala buli ini dapat dibendung segera bagi menyediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak belajar.
from The Reporter http://ift.tt/2vPmEUK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2f7ypeB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment